11

16.1K 1K 48
                                    

"Ayra!"jerit Xmusic apabila melihat Ayra tersungkur di hadapan mereka.Nasib baik tidak cedera.

Ayra bangun semula dengan muka yang merah lalu dia memandang pada peminat Xmusic.

"Siapa tolak aku?!Masa kecik-kecik tak puas main tarik-tolak ke?!Nie yang aku berangin satu badan nie!"marah Ayra.

Peminat Xmusic yang terjerit-jerit tadi sudah senyap.Tidak berani melawan.Mereka sudah kenal bagaimana perangai Qhayra Erinna.

Xmusic sudah tepuk dahi.Mereka ingat Ayra akan menangis seperti gadis lain rupanya tidak!

"Diam pula!Dah tolak orang lepastu tak nak mengaku!Kalau aku dapat tahu siapa yang tolak aku!Aku kerat 14!"marah Ayra lagi sambil mencekak pinggang.

"Parah manager kita nie"bisik Eiman.

"Aku pun rasa macam tu"balas Razif.

"Yang belakang aku nie senyap aku dengar korang mengumpat aku.Jangan sampai korang yang aku kerat"marah Ayra tanpa memandang ke arah belakang.

Gulp!

"Aku..."belum sempat Ayra menghabiskan luahan ketidakpuasan hatinya.Tiba-tiba dia ditarik jauh sikit dari situ.

Ayra memandang gerangan siapa yang menariknya.Nasib baik berlapik.Kalau tidak mau kaki naik ke muka.

"Lepas la.Aku tak habis marah lagi"
kata Ayra lalu merentap tangannya.
Dengan sekali rentap tanggannya terlepas dari pegangan gerangan tersebut.

"Kau tak payah meroyan sangat la"
kutuk Adam selamba.Yup!Adam ialah hamba Allah yang menariknya tadi.

'Menguji kesabaran betul mamat depan nie!Peminat dia tak makan kasut dia pula yang makan kasut kang!'desis Ayra.

Xmusic tidak mahu masuk campur.
Biar la Adam yang settle.Mereka pergi berlatih dahulu.Peminat yang berkumpul tadi turut memberi kerjasama supaya bersurai.

"Kau diam la.Kau mana tau perasaan malu bila jatuh depan orang ramai"
balas Ayra tidak puas hati.

"Lepastu kau jerit-jerit tadi tak malu.Kau bangga ke jerit-jerit macam tu?"
perli Adam sinis.

'Kecik besar kecik besar je aku pandang mamat nie.Nasib baik bakal suami '
desis Ayra.

"Fine aku diam!"bentak Ayra lalu menuju ke bawah khemah.Ayra memerhati Adam yang mendapati Xmusic.

'Ehh aku ingat dia nak pujuk !Hampeh betul mamat tu!Takpe!Takpe!Nasib baik anak umi nie ada kesabaran yang tinggi HAHAHAHA!'desis Ayra.

Ketika Xmusic berlatih dengan acara masing-masing.Ayra melawat khemah sukan yang dihias dengan kreatif.

Ayra menuju khemah sukan warna biru iaitu rumah sukannya.Guru-guru dan pelajar rumah sukan warna biru sibuk menghias.

"Nak Ayra tolong apa-apa ke?"tanya Ayra kepada guru kelasnya a.k.a bakal kakak iparnya.

"Ayra tolong gantungkan nie boleh tak?"tanya Cikgu Vivy meminta kepastian Ayra sambil menunjukkan papan yang bertulis "bendahara" iaitu gelaran bagi rumah biru.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now