18

15.2K 994 68
                                    

"Auch!"jerit Ayra dari arah dapur.
Adam orang pertama yang sampai ke dapur diikuti ahli Xmusic yang lain.

"Kenapa?"tanya Adam cemas.

"Kena minyak nie.Ikan nie meletup pula.Selalunya tak macam nie pun.Sakit pula tu"bebel Ayra geram.

Adam terus mengambil alih menterbalikkan ikan yang digoreng oleh Ayra.

"Kau okey tak Ayra?"tanya Razif prihatin tapi dalam masa yang sama takut juga jika senduk melayang kena kepalanya.

Ayra hanya menganggukkan kepala lalu mencuci peralatan yang digunakan dan diletakkan ditempatnya semula.

Belum sempat Ayra ingin mengambil pinggan untuk letak di atas meja makan.Eiman terlebih dahulu menawarkan diri untuk mengambil pinggan.

Manakala Zarif mengambil 6 cawan lalu diletakkan di atas meja makan.Naqif dan Razif menghidangkan lauk yang sudah dimasak oleh Ayra.

'Kalau macam nie punya rajin Xmusic nak juga merajuk hari-hari kurang sikit kerja yang nak dibuat'desis Ayra.

Adam meletakkan ikan yang digoreng ke dalam pinggan lalu menyerahkan kepada Ayra.Sekali pandang macam suami isteri pula!

Semua sudah mengambil tempat duduk di meja makan.Selalunya lepas sahaja baca doa Xmusic terus makan tapi kali nie tunggu Ayra makan dulu baru diaorang makan.

Mereka makan dengan senyap.Tiada lagi gurauan dari Ayra.Tiada lagi suara yang ingin membebel.Habis sahaja makan Ayra terus basuh apa yang patut dan berlalu ke ruang tamu tanpa memandang Xmusic.

"Adam tolong la kitaorang"pinta Razif
apabila melihat Ayra langsung tidak mengeluarkan suara dari tadi.

"Aku bukan tak nak tolong tapi apa yang korang buat dekat Ayra melampau.Apa perasaan korang bila Ayra marah korang depan orang ramai?"tanya Adam dingin.

"Malu"serentak ahli Xmusic berkata.

"Korang bukan dah malukan Ayra tapi korang dah buat tanggapan pelajar-pelajar yang tengok tu bahawa Ayra nie perempuan yang tidak baik"balas Adam tanpa menghiraukan perasaan kawan-kawannya.

Situasi sekarang seperti seorang bapa sedang memarahi empat orang anaknya yang telah membuat kesalahan.

Xmusic mengangguk setuju dengan kata-kata Adam.Mereka tahu mereka salah.Mereka menyesal kerana menyakiti hati Ayra.

"Aku ada idea!"jerit Zarif tiba-tiba.

"Apa?"tanya Xmusic serentak.

Maka bermula la mesyuarat tidak rasmi yang diadakan di meja makan dengan tangan yang tidak basuh lagi.
Adam pun turut terjebak sama.

Ayra yang berada di ruang tamu sedang membuat kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Vivy.Ayra perasan Razif keluar terus dari bilik.

'Razif nak pergi mana petang-petang macam nie?Bukan selalunya dia ngn yang lain berlatih dekat ruang latihan ke?Ehh Ayra yang kau baik sangat fikir dia buat apa?'desis Ayra.

Ayra sudah selesai menyiapkan kerja sekolahnya.Ayra mendengar bunyi pintu dibuka namun dengan tiba-tiba
lampu terpadam.

"Jangan main-main la!Buka la lampu"
arah Ayra gelisah.Dah la dia seorang sahaja di ruang tamu.Yang lain dekat ruang latihan.

"Buka la.."belum sempat Ayra menghabiskan kata-kata tiba-tiba kedengaran nyayian dan cahaya dari lilin.

Sorry Qhayra Erinna,
Sorry Qhayra Erinna,
Sorry Qhayra Erinna,
Sorry Qhayra Erinna!

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now