89

8.1K 634 17
                                    

Sebaik sahaja tiba di hospital, Razif mencepatkan langkah menuju ke ward yang menempatkan Unna . Xmusic dan yang lain-lain turut mengejar langkah Razif yang jauh di hadapan .

Tombol pintu ward Unna dipegang lama . Dia mengumpul kekuatan terlebih dahulu sebelum melangkah masuk dan cuba bersedia untuk melihat keadaan Unna .

" Masuklah " jemput Mak Cik Mai lembut .

Razif masuk terlebih dahulu , diikuti yang lain . Mereka memberi ruang kepada Razif untuk bertemu dengan Unna . Wayar yang berselirat di tangan dan tubuh Unna dipandang simpati .

Kerusi yang berada di tepi katil Unna ditarik dan diduduki oleh Razif . Dia seakan tidak percaya melihat keadaan Unna yang terbaring lemah dan pucat di atas katil.

" Sejak bila Unna jadi macam ni, Mak Cik Mai ? " tanya Razif cuba mengawal emosi.

" Malam tadi , Unna dah sesak nafas dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan . Kesihatan dia makin merosot dari sehari ke sehari " beritahu Mak Cik Mai sebak.

Razif menunduk lemah .

Ayra , Lynn dan Annisa mendekati Mak Cik Mai yang mula mengalirkan air mata , sedih melihat keadaan anak yang dikandungnya sedang terbaring lemah di atas katil .

" Mak Cik , dah redha " ucap Mak Cik Mai dalam tangisannya . Ayra menarik Mak Cik Mai ke dalam pelukannya . Kuatnya Mak Cik Mai menempuhi semua ni seorang diri.

" Mak Cik kena kuat " pujuk Ayra yang turut merasa sebak melihat keadaan Unna dan Mak Cik Mai . Lynn menggosok bahu Mak Cik Mai , tabah betul ibu Unna ini .

Xmusic memerhati Razif yang lama merenung wajah Unna .

" Unna , Razif datang ni " kedengaran suara Razif yang bergetar cuba menahan sebak di dada . Selimut yang menutupi tubuh Unna dibetulkan kedudukannya .

" Razif lega , Razif masih diberi peluang untuk lihat Unna . Tadi , Razif risau andai sesuatu berlaku sebelum sempat Razif sampai . Dan banyak perkara yang Razif nak bagitau kepada Unna "

Razif mengenggam tangan sejuk milik Unna.

" Tangan sejuk ni yang selalu ada dengan Razif dari dulu sampai sekarang . Tangan ni yang tarik Razif bila Razif jatuh . Baik sungguh hati awak , Unna . Dan Unna lah wanita pertama yang pegang hati Razif "

" Razif gembira dapat jumpa Unna kembali setelah 4 tahun Razif tunggu Unna . Unna tahu tak yang Unna tetap cantik seperti 4 tahun yang dulu . Sangat cantik "

Air mata Razif akhirnya tumpah ke pipi melihat mata yang tertutup itu juga mengalirkan air mata . Adakah Unna mendengar segala luahan hatinya sebentar tadi ?

Ayra , Lynn , Iela , Annisa serta Mak Cik Mai semakin lebat mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Razif . Xmusic hanya mampu tenang dan berdiam diri .

" Dalam keadaan seperti ini pun , Unna masih cantik di mata Razif . Unna , maafkan segala salah Razif pada Unna dan Unna juga tiada salah dengan Razif . Razif dah maafkan Unna , sayang "

Terhinjut-hinjut bahu Razif mengawal tangisannya . Dia tidak mampu lagi untuk menahan tangisan di hadapan Unna dan rakan-rakan yang lain . Biarlah mereka lihat kesakitan yang dia simpan selama ini.

Xmusic mendekati Razif yang menangis di sisi Unna itu . Zarif menarik Razif ke dalam pelukannya . Semakin kuat tangisan Razif di bahu Zarif . Zarif mengusap perlahan kepala Razif .

" Kau kena redha " pujuk Zarif sebak . Razif mengangguk beberapa kali di dalam pelukan Zarif . Dia perlu redha dengan semua ini . Mampukah dirinya?

Razif kembali mendekati Unna , dia merapatkan bibirnya dengan telinga Unna . Pagar katil digenggam erat bagi menampung badannya yang bila-bila sahaja boleh jatuh .

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now