83

10K 751 51
                                    

Dua bulan telah berlalu , kini tinggal satu minggu sahaja lagi sebelum Xmusic dan Ayra menduduki peperiksaan besar iaitu SPM . Mereka sedang mengulang kaji di perpustakaan awam .

" Argh , stressnya ! " keluh Razif lalu menutup buku latihan matematik tambahan miliknya . Tubuh direnggangkan , sakit leher menunduk daripada tadi .

" Haih " kedengaran keluhan datang dari bibir Zarif pula . Dahi dipicit apabila dirinya tidak dapat menyelesaikan soalan berkaitan subjek chemistry itu .

Adam mengangkat wajah melihat Razif dan Zarif silih berganti . Kedudukan cermin matanya di pangkal hidung dibetulkan . Dia menjeling sekilas Ayra yang tekun belajar .

" Soalan apa yang kau tak tahu ? " tanya Adam mendatar kepada Zarif yang duduk di sebelah kanannya . Zarif menolak buku latihannya di hadapan Adam .

" Yang ini haa " adu Zarif perlahan .

Adam membaca soalan yang ditunjuk oleh Zarif kemudian mengangguk beberapa kali tanda faham sebelum menerangkan kepada Zarif bagaimana ingin menjawab.

" Settle ! " gumam Eiman ceria apabila buku latihan matematik tambahan yang baru dibelinya semalam sudah lengkap dijawab kesemua sekali dalam satu hari .

Razif menjeling Eiman , huh budak pandai.

" Kenapa baby , jeling-jeling ni ? " usik Eiman apabila Razif sudah memuncung melihat dia sudah lengkap menjawab semua soalan latihan matematik tambahan tersebut .

" Jangan sentuh aku , aku sensitif ni " jawab Razif sebelum kembali membuka buku latihannya untuk menyambung latihan yang tertangguh tadi . Dia bukan gifted macam Eiman , hmm .

Eiman melepaskan tawa melihat Razif yang membelakangkan dirinya . Dia menarik bahu Razif lalu buku latihan Razif ditarik ke hadapannya . Dah macam belacan buku mamat ni !

" Sini aku ajar , kau merajuk hodoh tahu " pujuk Eiman . Razif menarik senyum apabila Eiman sudi mengajar subjek yang dia agak lemah itu .

Mereka kembali menyambung menelaah.

Naqif yang duduk di sebelah Ayra sudah berhenti daripada membaca buku sejarah . Ayra di sebelah dipandang . Khusyuk betul minah ni baca buku sejarah .

Naqif menurunkan buku yang menghalang wajah Ayra itu .

Pap !

Semua mata memandang ke arah Ayra .

" Minah ni tidur rupanya " kata Naqif apabila melihat Ayra lena tidur . Patutlah tak bergerak daripada tadi , sedap tidur dalam perpustakaan sejuk ni .

" Shuh , slow sikit suara kau . Kan Ayra tengah tidur tu " marah Razif dengan nada yang tertahan , tidak mahu Naqif menganggu lena Ayra yang sedang tidur itu .

Naqif menjulingkan mata ke atas apabila melihat sikap Razif yang memanjakan Ayra itu . Belum sempat dia ingin membuka sweater yang di bawa bersama kepada Ayra .

Adam terlebih dahulu membuka baju sejuk miliknya lalu menutup tubuh Ayra . Mereka menyimpan senyum apabila melihat tindakan Adam terhadap Ayra .

" Tiba-tiba aku rasa nak kahwin awal " bisik Zarif kepada Razif .

" Kau tu tidur pun sebilik dengan aku lagi , tak payah berangan di petang hari , Zarif Zaidan " bisik Razif kembali kepada Zarif . Zarif menggigit bibir geram .

" Aku nak pergi beli air dekat cafeteria kat tingkat bawah . Siapa nak ikut aku ? " tanya Eiman sebelum bangun merenggangkan tubuhnya . Topi hitam dikepala dibetulkan .

" Aku " ucap Razif , Zarif dan Naqif serentak.

" Kau tak nak ikut ke ? Adam " tanya Naqif sambil mengemas buku dan alat tulis yang berterabur di atas meja . Adam menggeleng tanda menolak ajakan tersebut .

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now