55

14.2K 991 55
                                    

"Kurang Ajar!"jerkah mak su lantang.

Pang!

Terteleng kepala Adam menerima tamparan hebat daripada mak su Ayra.Jelas kelihatan pipi putih Adam memerah.Ayra agak terkejut dengan tolakan Adan tadi.

"Dah dah la tuh bertekak dengan budak kecik nie.Penat saya tengok.Kalau ada lagi yang Acik tak puas hati boleh lepaskan sekarang dekat saya"kata Adam mendatar.

Xmusic memandang tajam wajah mak su Ayra.Dalam masa yang sama tidak menyangka bahawa Adam menggantikan tempat Ayra sebentar tadi.

"Yana!"tengking Baba apabila menyedari situasi tersebut.Terhinjut bahu mak su dengan tengkingan Baba.Ayra dapat lihat tangan mak su menggigil.

"Kau buat apa nie,sampai tampar anak orang atau kau sebenarnya nak tampar aku!"marah Baba.Sanak saudara sudah berkumpul mengelilingi mereka.

"Yana tak sen..gaja"nafi mak su gagap.

"Ayra yang kurang ajar dengan mak su dia.Ayra pergi sumbat kek pisang nie dalam mulut Iela.Jadi mak su tegur perangai Ayra lepastu Ayra yang kurang ajar"adu Iela.

Tergelak sinis Ayra dibuatnya mendengar aduan dari Iela pada Babanya.Semua mata memandang dirinya.Mak su hanya mendiamkan diri bersama Adam.

"Berani kau mengadu lepas apa yang kau buat kat aku masa dulu?Kau tak takut ke aku ngadu kat baba aku pasal apa yang kau buat kat aku dulu"balas Ayra sinis.

"Kau jangan nak fitnah aku!Kau dah salah kau sengaja nak tunding jari dekat aku pula.Depan baba kau memang la kau nampak baik tapi belakang!"marah Iela.

Kedengaran seseorang bertepuk tangan yang mendekati mereka lalu memeluk bahu Ayra.Angah memandang Iela tajam selepas mendengar kata-katanya.

"Wah best nampak kutuk adik aku?Yang kau peluk laki bukan muhrim dekat mall tu apa?Itu perempuan baik la ha?!Pakaian macam pelacur ada hati datang!"jerkah Angah.

"Sudah!Iela pergi balik biar pak cik selesaikan hal nie.Yana kau masuk dalam aku nak bincang dengan kau.Ayra .."belum sempat Baba menghabiskan kata-kata Adam terlebih dahulu.

"Saya nak minta izin bawa Ayra keluar dengan kawan-kawan yang lain sekali.Kami tak akan balik lewat sangat"sampuk Adam berani meminta izin.

"Hmm baiklah.Hati-hati"ucap Baba.Iela sudah bergerak menuju ke keretanya manakala mak su masuk ke dalam rumah seperti diarahkan oleh baba.

"Dah pergi suruh Adam belanja aiskrim"kata Angah selamba sebelum melangkah masuk ke dalam rumah untuk menyambung membuat persiapan.

"Aku dengan Annisa naik siapa?"tanya Lynn setelah sekian lama mendiamkan diri.Ayra memandang satu-satu ahli Xmusic di hadapannya.

"Annisa naik aku,Lynn naik Zarif"jawab Razif dengan tangan sebelah dimasukkan ke dalam kocek seluar.Zarif mengangguk setuju lalu menuju ke keretanya.

Mereka melangkah masuk ke dalam kereta masing-masing.Ayra dari tadi memerhati pipi Adam yang kena tamparan dari mak sunya.Kalau la dia boleh pegang hurm.

"Sakit lagi ke?"tanya Ayra serba salah.

"Tak.Pandang depan sana"jawab Adam.

"Tipu.Pipi kau merah sangat.Kesian kau. Kenapa kau pergi tolak aku?Biar la aku kena tampar dengan mak su aku atleast aku tak rasa bersalah macam nie"bebel Ayra.

Adam membetulkan kedudukan cermin matanya.Dia memandang Ayra sekilas yang masih memerhatinya.Sesekali matanya memandang cermin pandang belakang.

"Kau lapar tak?"tanya Adam mendatar sengaja menukar topik.Ayra mengangguk perlahan.Sebenarnya dari petang dia sibuk membuat persiapan sehingga tidak sempat menjamah nasi.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now