12

16K 1K 27
                                    

Kini semua sudah siap bersedia memandangkan acara ini merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar.

Ayra menarik hujung tudung bawalnya dan diikat ke belakang supaya tidak menganggu ketika dia berlari.

Adam pula memperketatkan ikatan tali kasutnya.Zarif berada di sebelah Adam turut melakukan hal yang sama.

"Aku ingat kau tak join acara"kata Annisa.Annisa agak terkejut melihat Ayra warm up sebentar tadi.

"Cikgu Vivy paksa aku sebab Diana injured pula so aku la yang gantikan Diana"balas Ayra.Rupanya Aina Qistina juga memasuki acara ini dan berada di sebelah Ayra.

"Ouh"

"Okey kita akan memulakan acara larian berpasangan 2×800m sekarang.Oleh itu para peserta sila bersiap sedia di posisi masing-masing"umum Cikgu Jefri.

Semua peserta sudah bersiap sedia.Larian akan dimulakan oleh peserta lelaki dan diakhiri oleh peserta perempuan.

"Ke garisan!Sedia!Mula!"

Pin!

Adam berlari sekuat hati diikuti Zarif dibelakang.Dan juga peserta lelaki dari rumah sukan lain.

"Aku pecut dulu!"ucap Zarif ketika memintas Adam.Adam hanya memandang Zarif memintas dirinya.

Sampai sahaja di selekoh,Adam memecut terus ke hadapan dan kini Zarif ketinggalan di belakang.

Peserta perempuan sudah siap sedia untuk mengambil baton dari peserta lelaki.

Ayra menumpukan perhatian kepada Adam yang sedang berlari.Kedudukan Zarif dan Adam tidak jauh.Pasangan Aina iaitu Firash dari rumah hijau juga tidak jauh dari Zarif.

Adam terus bagi baton kepada Ayra.Tanpa melengahkan masa Ayra terus memecut dan diikuti oleh Aina yang memintas Annisa.

Sedikit sahaja lagi untuk sampai ke garisan penamat.Aina sudah berada di sebelah Ayra.Aina cuba memintas Ayra tetapi tidak boleh.

Sebaik sahaja Ayra ingin menamatkan larian tiba-tiba Aina merempuh Ayra dengan kuat dan menyebabkan Ayra tidak dapat mengawal keseimbangan badan lalu tersungkur.

Nasib baik Ayra mendapat tempat pertama larian tersebut namun kesakitan yang ditanggung tidak dapat dirasai oleh orang lain.

Annisa yang sudah menamatkan larian segera menunju ke arah Ayra yang mengaduh kesakitan.

Lynn dari tempat duduk penonton juga turut menghampiri Ayra tapi sebelum itu dia mendekati Aina yang dengan selamba beredar dari situ.

Lynn menarik Aina dan

Pang!

"Kau jangan sial sangat!Kau dah kalah lepastu kau main kotor!Perempuan jenis apa kau nie!Aku dah lama sabar dengan kau!Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau kunci Ayra dalam tandas haritu!Bodoh"tengking Lynn sambil menarik rambut perang Aina.

Xmusic sedang menahan amarah mereka terhadap Aina.Ayra tidak boleh bangun kerana terseliuh kesan dari rempuhan tersebut.

"Dia tu yang halang jalan aku la!"jerit Aina kembali.Tidak pernah ibu bapa dia melempang pipinya alih-lih kawan musuh dia yang melempang pipinya.

"Ehh!Syaiton!Dia tak halang laluan kau la!Kau fikir aku buta ke?!Kau kan memang nak kena dengan aku"marah Lynn.

Belum sempat Lynn ingin memukul Aina.Naqif terlebih dahulu menarik Lynn menjauhi Aina.

"Kau bla sekarang sebelum penampar sulung aku pula hinggap kat muka kau!"tengking Naqif.

Semua yang berada di situ termasuk peminat Xmusic kerana tidak pernah melihat Naqif mengamuk seperti itu.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now