20

16.6K 1K 196
                                    

" Naik la. Aku hantar kan " pelawa Daniel. Bagai peluang keemasan apabila melihat Ayra keseorangan di bus stop.

Daniel kenal Ayra sejak pertama kali berjumpa di rumah papanya.Dia sempat melihat Ayra yang melangkah masuk ke rumah papanya manakala dia tergesa-gesa masuk ke dalam kereta.

Ayra sudah berasa seram sejuk. Ayra melihat sekeliling yang sunyi hanya ada Daniel dan dirinya sahaja. Daniel yang perasan Ayra gelisah terus turun daripada kereta bersama payung.

Vroom!

Lopak air yang berdekatan dengan tempat Daniel berdiri ketika keluar dari kereta tadi terkena pada baju sekolah Daniel dan menyebabkan baju sekolah Daniel bertukar warna.

"Shit!Siapa bodoh sangat nie?!"marah Daniel dalam hujan.Daniel melangkah pergi ke bus stop sambil membelek baju sekolahnya.

Ayra sudah melopong melihat kereta yang melanggar lopak air tadi berpatah balik dan berhenti
betul-betul di hadapan kereta Daniel!

Dan teka kereta tu siapa punya?

Adam melangkah keluar dari kereta dengan payung lalu menuju ke bus stop.Daniel memandang Adam tajam.

"Kau tak nampak ke ada lopak air dekat situ?!Kau tengok baju aku dah kotor?!Bodoh!"marah Daniel.Hilang moodnya untuk menumpang Ayra.

"Aku nampak ada lopak air dekat situ.Aku memang sengaja langgar lopak tu.
Aku nak bagi peringatan dekat kau.Jangan sentuh Ayra plus aku tak akan bagi kau jadikan Ayra mangsa kau"
kata Adam sinis.

Ayra menarik lengan Adam yang berlapik itu lalu memberi isyarat supaya pergi dari sini.Daniel sudah menggengam penumbuk.

"Terima kasih atas pelawaan kau tadi"
ucap Ayra dan menghadiahkan senyuman manis buat Daniel agar kemarahan Daniel berkurang.

Daniel hanya mengangguk.Adam menjeling Daniel sekilas lalu berjalan bersama Ayra pergi ke keretanya.Adam memulakan pemanduan memuju ke rumah Ayra.

"Kau tahu yang kau tumpang aku.Mesti balik kau tumpang aku juga.Kalau Daniel ada niat jahat dekat kau.Contohnya dia nak rogol kau.Siapa nak tolong?"tanya Adam mendatar.

"Jangan la kata macam tu"jawab Ayra takut.Ayra takut kata-kata Adam akan menjadi nyata.Tak sanggup melalui situasi yang paling dia tak nak bayangkan.

"Aku kata contoh.Kau tu perempuan bukan lelaki.Bahaya tau tak?Aku kenal adik tiri aku macam mana.Jauhkan diri daripada dia"pesan Adam lembut.

Ayra hanya mengangguk.Rasa geram pada Adam tadi hilang lenyap apabila mendengar pesanan Adam pada dirinya.Begitu jelas Adam prihatin terhadap dirinya.

"Adam aku nak minta maaf kalau aku sakitkan hati kau masa aku back up aunty.Aku cuma tak nak kau jadi anak derhaka sebab tu aku marah"kata Ayra serba salah.

"Aku faham"balas Adam masih fokus memandu.Ayra merenung Adam yang nampak hensem dengan spec yang terletak elok.

"Kenapa tenung aku macam tu?"tanya Adam apabila perasan Ayra merenung dirinya daripada tadi.

"Aku cuma pelik.Ada orang bagitau aku yang kau nie tak layan perempuan tapi bukan kau kunyit cuma kau dingin dengan perempuan"
jawab Ayra.

"Dengan aku,kau okey je.Cuma sikit je la dingin tu.Aku ada baca fakta yang mengatakan jika seseorang itu memberi kita layanan yang lain daripada orang lain itu bermakna kita adalah orang yang istimewa dalam hidup dia"sambung Ayra lagi.

Ayra tersentak mendengar kata-kata Adam.Ayra masih merenung wajah Adam.

"Ehem!Kau mesti baca fakta kat insta.Jangan percaya sangat fakta macam tu.Banyak menipu je.Jangan mudah ditipu dengan fakta yang macam tu"
kata Adam dingin.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now