MPHP ( 1 )

10.2K 279 1
                                    

🎡 Q A I S A R A 🎡

" kau Qaisara , kan ? "

Permulaan yang tidak baik . Pintu bilik dihadapannya mula dipandang tajam . Dia masih mengeluh dan menghelakan nafas yang paling berat . Kadang kala dia terfikir . Mengapa hidup dia terlalu sukar ? Dia tidak dapat lansung memahami sedikit pun .

Apa erti hidup baginya ?

Tangannya mula memegang tombol di pintu dihadapannya ini . Lalu perlahan lahan dia memulasnya . Pintu itu terkuak luas . Keadaan di dalam yang tadinya riuh mula sunyi seketika apabila melihat gerangan yang berada di hadapan pintu .

Dia mula berjalan dengan langkah yang perlahan . Wajahnya di ketatkan lalu di tundukkan sedikit . Matanya hanya tertumpu pada lantai sahaja .

Jawapan pada soalannya tadi masih tidak terungkai walaupun dia memilih untuk meneruskan hidupnya .

Dia mula memilih tempat duduknya . Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya . Dia mula menghelakan nafas lalu keadaan mula sedikit riuh dengan beberapa bisikan lain .

" siap sedia , Qai . "

Qaisara mula memandang ke arah kanannya . Wajah rakannya mula dipandang kosong . Qaisara mula menarik senyumannya .

" always . " Qaisara hanya menjawab sepatah sahaja lalu tangan rakannya dipegang . Wajah dinginnya tadi mula berubah menjadi wajah yang tersenyum manis .

Terus kepalanya tergeleng pantas .

Dia mula tersedar . Dia masih berada dihadapan pintu . Qaisara mengeluh berat . Bukan cara itu patutnya dia bereaksi dengan semua orang . Termasuklah rakannya .

Qaisara masih tercegat dan berdiri dihadapan pintu yang berlabelkan ,

Bilik Pengawas

Qaisara masih berasa gugup . Perlantikan hari ini bukan perkara pertama yang pernah jadi didalam hidupnya tetapi sudah 3 tahun dia menghadapi perkara ini . Tapi pada tahun terakhir dia berada disekolah ini , sesuatu bakal berubah .

" Qaisara . "

Kepalanya terus memandangkan ke arah belakangnya . Manusia yang menegurnya dipandang sekilas .

Qaisara mula menjauhi pintu bilik itu . Badan dan kepalanya ditundukkan sedikit pada manusia yang menegurnya itu . Tag nama pada baju itu dibaca .

AMMRY

Nama yang satu satunya pernah membuatkan dirinya berasa berkobar kobar untuk meneruskan jalan yang dia pilih .

" kenapa awak tak masuk lagi ? " soalan nya dengan suara garaunya membuatkan Qaisara terdiam seketika . Riak dingin nya masih dikekalkan .

" saya tunggu cikgu . " tipu Qaisara . Ala apa salahnya . Tak kan nak bagitahu dia tengah gelabah nak masuk sebab ramai sangat dalam tu . Itulah sebab yang sebenar-benarnya .

" oh yeke ? Kalau macam tu kita boleh masuk dah kan ? " soal Cikgu Ammry . Sebut sahaja namanya , rotan dan pembaris dibiliknya boleh terbayang dikepala . Terlalu tegas dan garang . Kadang kadang dia menyampah juga dengan cikgunya yang sorang itu .

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now