🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Apa yang jelas disebalik peluang kedua? Kelakuan.
Kelakuan yang menjelaskan adakah peluang kedua digunakan untuk memburukkan keadaan atau menambahbaikkan keadaan.
Qaisara terdiam di mejanya. Terlalu banyak persoalan dan masalah yang belenggu di fikirannya sehinggakan dia mengalirkan banyak air mata. Qaisara mula mengelap matanya dengan pantas. Apabila dia sudah terbiasa termenung sendirian tanpa mengelipkan matanya, inilah yang terjadi.
"Weh."
Qaisara mula memandang ke arah lelaki yang baru sahaja berada dihadapan matanya. Qaisara mula mengerutkan wajah geramnya apabila lelaki ini sudah lewat beberapa minit.
"Asal kau lambat?"
"Maaflah. Rumah aku tiba-tiba ada sungailah, buaya lah, keretapilah-"
Belum sempat dia menyambung percakapannya, kakinya dipijak kuat oleh Qaisara. Dia mula mengaduh sakit sehingga Qaisara berhenti melakukannya. Lelaki ini pula memandang ke arah dengan wajah cemberutnya.
"Bagus kan aku? Aku guna kasut yang kau bagi untuk pijak kau."
Qaisara mula tersenyum sinis ke arah manusia yang siapa lagi kalau bukan Ikmal. Ikmal hanya menayang wajah menyampahnya apabila Qaisara berkata sedemikian tapi berlain pula bagaimana hatinya bertindak balas.
Mahu sahaja meletup. Siapa sahaja yang tidak merasa terharu apabila seseorang itu mneggunakan barang yang kita berikan dengan sebaiknya.
"Kau tak nak minum ke?"
Soal Qaisara yang mula berura-ura untuk ke kaunter. Tetapi Ikmal mula menghalang kelakuan Qaisara. Qaisara mula memandang Ikmal pelik. Kini Qaisara betul-betul berdiri dihadapan Ikmal.
"Aku beli sendiri. Kau ada nak tambah apa-apa ke?"
Qaisara yang tadinya memerhatikan kelakuan Ikmal, dia mula mengangguk sahaja dengan soalan Ikmal. Ikmal mula tersenyum manis apabila Qaisara mengangguk padanya. Qaisara mula mengalihkan pandangannya seketika apabila Ikmal sedang tersenyum dihadapannya.
Bagaimana pula dia mahu bertindak balas dengan senyuman itu?
"Aku nak cheesecake."
Qaisara terus mengambil tempat duduknya tetapi tidak memandang ke arah Ikmal. Ikmal terus berlalu pergi ke arah kaunter untuk memesan. Qaisara mula memandang ke arah Ikmal yang sedang menunggu. Tiba-tiba pula dadanya berkencangan. Qaisara mula memegang dadanya untuk bertenang.
Dia tidak tahu mengapa Ikmal yang berbaju hitam serta rambut ikalnya itu dapat membuatkan dia sebegini. Qaisara sangat malu jika Ikmal dapat tahu tentang perasaannya ini. Ini bukan kali pertama dia terpaksa menahan rasa malu sebegini dihadapan Ikmal.
Selepas beberapa minit Ikmal menunggu pesanan mereka, dia mula berjalan ke arah Qaisara yang sedang fokus pada telefon. Ikmal mula meletakkan perlahan-lahan dulang itu di atas meja. Qaisara mula mengalihkan airnya untuk memberi ruang. Ikmal mula duduk berhadapan Qaisara.
"Kita nak makan dulu atau dengar kau cerita dulu?"
"Dengar aku dulu."
Ikmal mula mengangguk-angguk sambil mengacau airnya untuk sebatikan rasanya. Qaisara mula mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar seseorang. Lihat sahaja pada skrin pada telefon itu, Ikmal sedikit tergamam melihatkan manusia di dalam gambar itu.
"Farah hidup lagi?"
"Lebih tepatnya dia tak mati pun."
Qaisara mula mengalihkan skrin telefon itu ke gambar seterusnya. Ikmal dapat lihat bahawa Farah sedang dirawat di hospital yang berlainan dan tertutup. Sungguh mengejutkan untuk melihatkan Farah yang seperti kehilangan nyawa itu, masih hidup dan dirawat dengan baik.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...