/tw/ hate speech, depressi0n, traumatic.
Jauh fikirannya melayang pergi. Dia mengeluh berat. Satu persatu air mata nya mengalir di pipinya. Dia terlalu penat. Penat untuk atasi kesemua yang perlu dia lalui selama ini. Walaupun dia tidak mahu lansung memilih jalan-jalan mudah ini.
"Kau layak mati!"
"Kau dengan adik kau, tak sepatutnya wujud!"
"Aku harap dunia salahkan semua dosa atas kau."
Bergema suara-suara itu di dalam fikirannya. Penghadang di hadapannya ini mula dipanjat. Dia sekarang ini berada di biliknya. Di beranda biliknya. Dia lansung tiada pilihan untuk berdiri di beranda kerana dia tidak mahu memilih kehidupan yang keji itu. Kerana tiada siapa akan menghentikannya dan memberikan sokongan tentang hidup.
Tiada siapa mahu percayakan kata-katanya. Tiada siapa mahu menghargai kehadirannya. Dia terlalu penat untuk menghadapi kesemua kesakitan yang masih berulang-ulang menyakitinya. Tiada siapa mahu tahu kisah yang sebenar sebelum dia memilih untuk jadi sebegini.
Jadilah apa pun, halang lah walauapajua sekalipun. Dia tetap penat dan berputus asa untuk meneruskan langkah seterusnya. Dia terlalu penat. Terlalu sangat-sangat penat.
Dia mula mengalihkan kepalanya lalu memandang sekeliling biliknya. Bilik yang penuh dengan memori hitam yang legam seperti tiada lagi cara untuk membersihkan memori ini. Juga, dia berharap sangat apabila dia memilih untuk meninggalkan dunia, bilik ini tidak menjadi memori gelap pada orang lain juga.
"Terima kasih untuk semua yang dah pernah jadi."
Air matanya mengalir lagi. Entah apa yang merasukinya selama dia hidup, akhirnya dia akan memilih jalan ini. Kakinya mula sedikit kebawah dan dia akhirnya melompat dari tingkat atas.
"Terima kasih... Ikmal."
;
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...