🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Surut malam sudah tiba.
Terlalu gelap dan sumber cahayanya mungkin tidak seterang lampu yang selalu dibuka. Lampu pada telefonnya mula dinyalakan. Qaisara mengeluh dan memandang sekeliling.
Hari ini adalah giliran untuknya meronda setiap kawasan hostel pelajar perempuan. Manakala di tempat pelajar lelaki ketua mereka juga melakukan rondaan.
Sepanjang perondaannya, dia tidak dapat memfokuskan pada kerjanya. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan. Dia dengar sahaja kesemua perbicaraan antara Ikmal dam Nabila hari ini.
" ... kau suka ke dengan posisi Qaisara sekarang ? "
Dari jauh, Nabila nampak tersentak dengan persoalan Ikmal. Walaupun Ikmal menyoal tanpa melihatnya, Nabila sedaya upaya menyorok wajah panik olehnya.
" kk-kenapa Ikmal tte-tanya ? "
Gagap itu tak perlu diungkap bagaimana perasaan takutnya. Nabila tidak mampu memandang Ikmal seperti selalu. Senyuman diukir itu pun dia tahu bukan untuk dirinya.
" tak semua orang suka Qaisara aku rasa. Aku pun tak berapa suka dengan cara dia."
Qaisara hanya menjeling daripada jauh sambil memeluk bahunya. Siap la dia lepas ni.
Ikmal mula memandang Nabila yang masih tertunduk. Ikmal mula berdiri menghadapnya. Ikmal mula mendekati telinga Nabila. Qaisara mengeluh. Perbualan kali ini dia tidak dapat dengari.
Ikmal kembali menjauhi Nabila. Nabila masih seperti tadi. Terlampau takut untuk memerhati Ikmal.
" aku pergi dulu ya, Nabila. "
Qaisara terus berlari ke arah lain untuk membuatkan dia seperti menunggu Ikmal. Ikmal juga mula datang ke arahnya. Ikmal perhatikan keadaan Qaisara yang sedang berdiri bersebelahan dengan pokok bunga mawar yang berduri itu membuatkan dia tersenyum nipis.
Ikmal mendekati Qaisara. Ranting bunga mawar mula diangkat daripada kepala Qaisara. Qaisara yang tergamam tadi terus menjauhi pokok itu. Ikmal melepaskan perlahan-lahan ranting itu dan memandang Qaisara kembali.
" jom lah kita sambung tengok blok lain. " Ikmal mula mengajaknya sambil tersenyum manis pada Qaisara.
Qaisara yang mulanya tersentak terus tidak tahu arah patut dia perlu teruskan. Sekejap kakinya ke arah kanan. Sekejap kakinya ke arah kiri. Hati Qaisara menjerit kerana dia tidak memalukan diri sendiri dihadapan mana-mana pelajar lelaki.
Ikmal mula menyorokkan tawa kecilnya lalu membuka buku peta yang berada di poket seluarnya.
" aku rasa ikut arah kiri kan? "
Selepas mendengar kata-kata Ikmal, Qaisara mula menunduk sedikit dan membelakangi Ikmal. Dia sangat malu. Dia tidak bagaimana dirinya dianggap oleh Ikmal selepas ini. Dia nampak seperti.. badut ? TOLONG!
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...