🎡 I K M A L 🌹Q A I S A R A 🎡
Dua hari sebelum sekolah,
Ini sangat menyusahkan . Kenapa hidupannya terus dan terus cuba untuk menyusahkannya walaupun dia tidak pernah minta semua ini terjadi .
Ikmal yang sedang runsing dan cuba untuk memikirkan masalah yang dia hadapi sekarang , cuba untuk tenangkan dirinya di luar rumah itu. Kenapa semua yang jadi terus merumitkan keadaan ? Terlalu tinggikah kepercayaan yang diletak pada Qaisara ?
Ikmal yang masih memandang telefon bimbitnya terus didatangi oleh Alya . Ikmal lansung tidak ambil tahu dan kisah dengan manusia yang berada di hadapannya .
" Ikmal .. "
Ikmal hanya terdiam . Dia lansung tidak faham di mana salah dia apabila Alya lakukan sebegini pada mereka berdua . Dia tidak tahu yang Alya boleh lakukan perkara sehigga sejauh ini .
" Ikmal , you supposed to be happy .. "
" kau pernah rasa kena tampar ? " Alya terus membisukan dirinya . Jelas wajahnya sangat tidak puas hati . Hatinya terlalu sakit melihatkan reaksi Ikmal padanya .
" Aku sayang kau , Ikmal ! "
Ikmal masih bersabar . Kata kata mengarut apalah yang keluar dari mulut Alya sejak-sejak ini . Ikmal yang baru sahaja mahu berura-ura untuk berdiri terus terbantut apabila dia mula menerima panggilan dari seseorang . Daripada abangnya , Saiful .
Ikmal terus menjawab panggilan tersebut .
" ye ? "
" aku ada dekat luar . Jom kita pergi . "
Selepas mendengarkan apa yang Saiful katakan , dia terus meletakkan panggilan itu dan keluar dari rumah yang seperti neraka baginya . Alya yang mahu menenangkan Ikmal tadi terus terpinga pinga melihatkan Ikmal berlaku begitu sahaja .
Kereta honda putih milik abangnya tadi mula dimasuki oleh Ikmal . Dia mula mengambil tempat disebelah pemandu . Mereka terus meninggalkan perumahan itu .
Keadaan sangat sepi . Saiful mahupun Ikmal tidak berkata apa lansung . Ikmal hanya termenung dan memandang ke tingkap . Ada sesuatu yang menganggu fikirannya dari awal selepas dia tersedar tadi .
Qaisara . Dia nampak kelibat Qaisara pada waktu itu . Dia yakin , Qaisara telah menyaksikan semua perkara yang terjadi . Tetapi kenapa ? Kenapa Qaisara tidak membantunya ? Apa sebenarnya rancangan Qaisara ?
" Aku tahu , kau tak buat Ikmal . "
Ikmal tersentak . Wajah abangnya yang sedang merenung jalan raya itu dipandang . Tapi bagaimana ?
" aa-apa ? "
" Ikmal teruk macam mana pun kau dulu , kau takkan sejauh tu nak buat semua benda tu . "
Ikmal terdiam . Dia memandang ke bawah . Telefon yang dipegang hanya direnung . Dia masih menunggu mesej atau panggilan daripada Qaisara .
" kalau aku tak sedar macam mana ? "
" you know yourself Ikmal . "
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...