🎡 I K M A L 🌹Q A I S A R A 🎡
Tin Nescafe Mocha mula jatuh daripada mesin air. Bunyi yang didengari tidak cukup kuat untuk memecahkan atau mengemekkan tin itu.
Qaisara mula mencapai tin itu dan memberikan tin air itu pada Ikmal yang masih setia berada di sisinya. Keadaan walaupun sangat janggal tetapi Qaisara tetap melayaninya seperti biasa.
Nak tahu sesuatu ?
Mereka berdua hanya kawan sekelas yang biasa. Dia pula dipaksa oleh Qaisara untuk bersekolah di sini. Katanya terlalu bahaya untuk Ikmal berada di sekolah lamanya. Bukan itu sahaja. Mengapa dia buat keputusan untuk percayakan kata-kata Qaisara sehingga hari ini ?
Lebih banyak perkara terjadi, lebih banyak perkara yang dia patut percayakan kata-kata Qaisara.
Ikmal mula mencapai perlahan-lahan tin daripada tangan Qaisara. Sebaik sahaja, tin itu bertukar tangan, Qaisara terus berjalan ke arah satu meja dibawah pondok bacaan.
Fail ditangannya tadi terus dibuka. Ikmal mula berjalan ke arah Qaisara dan duduk bersamanya.
Ikmal hanya mendiamkan dirinya sambil membelek-belek tin airnya itu. Ada banyak soalan yang mahu dipersoalkan tetapi tiada satu soalan pun mampu keluar daripada mulutnya.
" kau nak tanya aku kan ? "
Qaisara mula berbicara walaupun tangan dan matanya sibuk memberi perhatian pada fail laporan Ikmal. Fokusnya sangat tajam pada fail Ikmal tetapi masih dapat meneka gerak hati Ikmal.
" patut ke aku terus percaya kau Qaisara? "
Qaisara hanya mengangguk sekali tanda dia memberi jawapan pada Ikmal. Ikmal mengeluh.
" kau percaya aku ke ? "
Qaisara mengangguk sekali lagi. Ikmal hanya mendiamkan diri. Dia tidak pasti sama ada ini pembohongan atau kebenaran. Dia tidak mengenali Qaisara dengan penuh pasti lagi. Qaisara sangat misteri dan tidak dijangka tindakannya.
Dia masih teringatkan kata-kata Saiful.
" Qaisara yang datang jumpa aku, bagi bukti yang kau tak buat semua tu. "
Ikmal terdiam sebaik sahaja mendengarkan penjelasan abang sulungnya itu. Dia tidak percaya Qaisara lakukan itu semua.
" kau yakin ke dia Qaisara ?? " Saiful mengangguk dua kali. Mata Ikmal tidak mampu berkelip. Dia masih tidak percaya gadis licik itu lakukan semua ini. Dia masih mahu menyelematkan Ikmal.
Jadi Qaisara sudah baca mesejnya pada malam itu ?
" kau patut percaya dia, Ikmal dan kau patut rasa ada rasa terhutang budi dekat dia. "
Ikmal hanya terdiam dan mengeluh lebih berat. Ikmal mula memejamkan matanya seketika. Dia mula memandang Qaisara kembali walaupun mata Qaisara tidak padanya.
" tapi betul ke kau akan terus jaga aku?"
Qaisara berhenti membelek fail tadi. Dia tidak mahu memandang Ikmal lagi. Tetapi matanya sudah berubah ke arah lain daripada fail itu tadi.
Soalan itu lama dibiarkan. Ikmal masih menunggu jawapan Qaisara. Qaisara mula melepaskan keluhan besar. Akhirnya mata Qaisara bertemu dengan anak mata hazel Ikmal. Jauh di hatinya dia menyimpan beribu perasaan bersalah.
" kau kena pegang jawapan aku ni Ikmal---
--kalau aku terpaksa atau terdesak bunuh kau, kau patut halang aku. "
Mereka berdua berdiam diri. Masing-masing tidak tahu apa yang patut di lakukan. Qaisara masih dalam keadaan terdesaknya kepada Ikmal. Dia perlahan-lahan menunduk. Ikmal pula tidak tahu untuk membalas apa pada jawapan Qaisara.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...