MPHP ( 4 )

4.9K 180 0
                                    

🎡 I K M A L   H A I K A L 🎡

Dia mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal . Dia tidak pasti sama ada banggunan di hadapan nya adalah hostel sekolah ataupun tempat penginapan pelancong . Dari luar sahaja , dia dapat merasakan aura mahal .

Hebat betul hostel sekolah ni . No wonder lah rakannya dahulu berniat untuk masuk ke sekolah ini .

Ikmal yang mulanya hanya berdiri dan tercegat disitu mula ditegur oleh beberapa orang disitu .

" kau ni kenapa ? " Ikmal mula memandang ke arah belakangnya . Beberapa pelajar lelaki mula menegurnya . Benarlah dengan semua artikel di sekolahnya dahulu . Pelajar lelaki disekolah ini memiliki wajah tampan dan aura royaliti disini . Berapa sebenarnya harga yuran disekolah ini ?

" eh maaf . Aku cuma nak tanya betul ke ni blok asrama lelaki ? "

Pelajar disitu mula nya terdiam . Dia juga perasan Fahmie dan Alexane ada bersama mereka . Yang lain dia tidak kenal dan pasti siapa mereka . Walaupun ketika di dalam kelas , dia sangat bingung . Entahla mengapa .

" kau ke Ikmal ? " seseorang mula bertanya . Dia sangat tampan . Wajah garang yang dimilikinya sangat unik . Anak matanya berwarna kelabu asap sangat menarik .

" eh Ikmal ? " Alexane mula memandang Ikmal daripada belakang rakan rakannya . Dia dan Fahmie sahaja sempat mengenali Ikmal tadi . Lagipun perlantikan hari ini telah mengejutkan banyak pihak .

" ye ... " Ikmal mula gementar . Dia sebenarnya nak tahu sahaja tetapi lain pula yang jadi . Setelah mereka mengetahui dirinya , mereka mula menemani Ikmal untuk ke bilik nya .

Nampaknya satu banggunan ini adalah untuk pelajar lelaki sahaja . Satu banggunan lagi berada diseberang banggunan ini adalah hostel bagi pelajar perempuan . Mereka mula ke tingkat paling atas dan satu bilik menjadi hentian mereka .

" ni bilik kau . Disebabkan kau Vice dekat sini , kau tak akan kongsi bilik . " tombol pintu ini mula dipulas . Ikmal mulanya tersentak kerana dia tidak akan berkongsi tetapi rupa di dalam bilik ini mula menarik perhatiannya .

Tidak hairan lagi . Susunan dan perabot di dalam biliknya sangat terjaga dan terlihat mahal . Sedang Ikmal memandang sekeliling biliknya seseorang mula bercakap lagi .

" aku rasa Qaisara dah terang rules dalam sekolah ni . Jadi ambil masa kau sebelum makan malam nak kemas bilik ni . "

Mereka mula meninggalkan Ikmal sendirian di bilik itu . Sebaik sahaja mereka menutup pintu , Alexane mula memandang jejaka yang menutup pintu bilik Ikmal tadi .

" Qayyum , kenapa kau tak halang Sara ? " jejaka mualaf ini mula menyoal jejaka yang bernama Qayyum Naufal Shah ini . Satu satunya lelaki yang rapat dengan Qaisara . Qayyum mula mengeluh .

" aku ada firasat , Sara tengah nak balas dendam . Jadi aku tak rasa kita patut ganggu . " Qayyum mengeluh lagi selepas dia memberi jawapannya . Mereka mula berjalan ke bilik mereka .

" Ikmal tu macam budak baik tho . Macam mana pula dia ada kena mengena dengan Sara ? " Fahmie mula pelik sendiri . Sangatlah pelik untuk Qaisara berdendam dengan budak budak baik macam tu .

" jangan innocent sangat . Sara bukan macam tu . " Rayyan atau lebih tepatnya Putera Rayyan mula memarahi Fahmie . Dia percaya pada keputusan Qaisara . Fahmie mula memandang geram Rayyan .

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now