🎡 I K M A L 🌹Q A I S A R A 🎡
Dalam setiap hari yang misteri, hari di mana Qalish terpaksa menjauhi keluarganya adalah salah satu misteri besar dalam hidup Qaisara. Kenapa?
Ketika Qalish pergi meninggalkan mereka seketika, Qaisara jatuh sakit dan tidak sedarkan beberapa hari. Mulanya dia sangat takut untuk menyoal tentang keberadaan Qalish pada Qayyum.
Ya, Qalish tidak pergi ketika dia dihalau oleh Qayyum bersama Rina, kakaknya. Itulah karenah keluarga mereka. Ibu bapa mereka hanya membiarkan mereka memutuskan semua keputusan. Qaisara tidak pernah menyoal dan selalu merasa pelik mengapa keluarga mereka tidak sama dengan keluarga normal orang lain.
" Qaisara! "
Qaisara berhenti mengelamun. Dia mula menoleh ke arah di mana datangnya suara tadi. Ikmal sedang berlari pantas ke arahnya. Qaisara terus berdiri daripada duduknya di kerusi menunggu hospital.
" dia okey dah ke ?"
Pantas sahaja Qaisara menyoal sebaik sahaja Ikmal berdiri dihadapannya. Walaupun Ikmal kehilangan sedikit nafasnya, dia tetap mengangguk untuk menjawab persoalan Qaisara.
" sekarang kau kena ikut aku. "
" eh untuk apa ?"
Wajah Qaisara berkerut seribu. Ikmal mengambil nafasnya dan menghembuskan kembali. Baru terasa tenang untuk bercakap.
" kau tu ada luka. Jom la kita letak ubat."
Qaisara terus memegang tubuhnya yang dimana luka yang dimaksudkan oleh Ikmal. Rupanya pada bahagian siku dan lengannya. Dia tidak perasan bajunya bertukar sedikit gelap kerana dia memakai uniform berwarna merun.
Qaisara mengeluh perlahan. Dia seketika menjeling Ikmal kembali dan memandang lukanya kembali.
" ish.. tak perlu la. Tak sakit pun! Lagipun tak teruk manalah."
Qaisara bertingkah sombong membuatkan Ikmal meluat dan mahu menampar semua luka-luka itu. Tanpa berkata banyak, Ikmal menarik hujung lengan baju Qaisara lalu berjalan ke arah cafe hospital itu.
Qaisara pula terpaksa mengikuti langkah Ikmal ke cafe itu dalam keadaan terpinga-pinga. Sampai sahaja dia cafe itu, Qaisara disuruh duduk. Qaisara hanya mengangguk-angguk kecil tanpa berkata apa.
Ikmal mula duduk berhadapan Qaisara. Ikmal memandang ke arah anak mata Qaisara. Qaisara pula sedaya upaya mengalihkan pandangannya daripada Ikmal. Itu sangat memalukan.
Qaisara mula rasa menjengkelkan. Mengapa setiap kali Ikmal berkelakuan begini, dia mesti bereaksi seperti badut? Dia nampak sangat keterlaluan. Hatinya tidak berdegup seperti selalu.
" kk-kau kata nak sapu ubat? "
Qaisara mula menyoal perlahan. Dia mahu dirinya kembali. Mengapa dia perlu tergagap begini. Qaisara sesekali mengeluh kecil. Dia sangat benci dirinya.
" bilik tu ada patient lain. Kita tunggu kejap lagi ok?"
Ikmal hanya tersenyum manis sahaja setelah mengatakan itu pada Qaisara. Qaisara hanya terdiam dan menunduk. Perlu ke senyum macam tu? Belum seminit duduk, tiba-tiba sahaja Ikmal berdiri dihadapan Qaisara.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...