MPHP ( 35 )

2.5K 106 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

Ada sesetengah golongan manusia percaya bahawa kehidupan semula bukan sebahagian daripada cerita dongeng tetapi proses alam. Ada juga golongan yang percaya kehidupan semula itu hanya sebuah harapan yang tidak akan ditunaikan. Golongan yang percayakan tentang pembalasan alam juga wujud bukan kerana cerita dongeng semata-mata. Tetapi mengapa tiada kepercayaan dalam mengawal dosa dan kebaikan seseorang?

Kerana tiada apa yang lebih sempurna yang diciptakan dalam alam dunia ini berbanding alam yang seterusnya. Semuanya terletak pada diri kita untuk membezakan sesuatu dan kelakuan.

Ikmal dan Alexane sudah berkeliaran di banggunan sekolah pada awal pagi kerana mereka perlu menjalankan tugas mereka. Tetapi siapa sangka sudah ada beberapa pelajar yang berada di sekolah juga pada waktu begitu. Mereka berdua dalam perjalanan untuk ke bilik pengawas. Tetapi belum sempat mereka berdua sampai, bahu Ikmal dilanggar oleh seseorang. Ikmal dan manusia itu mula memandang antara satu sama lain.

"oh Ikmal ?"

Rupanya Jane yang menemubual Qaisara beberapa minggu yang lepas. Ikmal mulanya mahu beredar sahaja tetapi setelah sedar poster yang berada di tangan Jane, Ikmal mula berasa minat untuk tahu. Itu sudah menjadi tugas kelab radio untuk umumkan berita dan informasi di sekolah mereka.

" berita ke gosip ni?"

Alexane mula bertanya dengan nada menyampahnya. Kelab itu satu-satunya yang tahu segala-gala rahsia gelap setiap pelajar. Jane yang tadi tersenyum terus terdiam seketika. Dia juga sebenarnya berbelah bahagi untuk siarkan berita pada hari ini. Kenyataan pada berita tidak memuaskan harapan pelajar lain.

" korang dua ikutlah aku. Boleh baca dulu."

Jane hanya menjawab sambil tersenyum nipis. Ikmal dan Alexane mula berpandangan antara satu sama lain lalu mengikuti jejak langkah Jane ke arah papan buletin sekolah. Ramai pelajar sudah memandang-mandang ke arah Jane yang membawa poster berita baru. Mereka yakin bahawa hari ini akan ada berita yang sangat tergempar.

Sampai sahaja mereka di hadapan papan buletin, Jane mula mencabut kertas berita yang sebelum ini. Ramai pelajar sudah mengelilingi kawasan itu. Ikmal dan Alexane juga tidak terkecuali tetapi mereka mula mendengarkan beberapa bisikan-bisikan pelajar.

"aku rasa ni berita buruk."

" Mungkin dah tiba masanya."

"Isi berita ni lagi buat aku gementar daripada keputusan exam sebelum ni."

Jane juga mendengarkan mereka semua tetapi apa yang dia dapat lakukan. Dia juga sudah berada dihadapan papan ini. Tiada makna lagi untuk berpatah balik. Buletin di laman web sekolah juga mungkin sudah disiarkan. Jane mengeluh seketika lalu menampal poster berita itu. Ikmal mula merasakan tidak sedap hati untuk membaca isi berita itu.

Akhirnya poster itu ditampal.

Qaisara memerhatikan kawasan buletin itu daripada jarak jauh. Qaisara mula menahan amarahnya lalu menunduk. Disebelahnya sekarang ialah pengetua sekolah mereka.

"Selamat bercuti, Qaisara."

Qaisara terus meninggalkan kawasan itu lalu bergerak ke banggunan tingkatan 4 untuk naik ke tingkat atas sekali. Qaisara mendaki tangga itu dengan pantas. Dia dapat merasakan amarah dan kekecewaannya. Sampai sahaja dia dikawasan itu, Qaisara mula tersentak.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now