🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Sekitar kawasan Tatiana Highschool di kelillingi pelajar dan beberapa guru yang terlibat.
Benar. Mereka semua sangat fokus terhadap Festival Kebudayaan ini kerana festival ini sangat istimewa kerana diadakan tiga hari berturut-turut dan hari pertama mulanya festival ialah hari lahir pengasas Tatiana Highschool.
Istimewanya festival ini, beberapa sekolah akan dijemput untuk melakukan persembahan pada hari itu dan festival ini selalu mendapat banyak sumbangan daripada keluarga bangsawan.
Lama dia memerhati gerak-geri pelajar di situ. Tiba-tiba sahaja seseorang mula mengambil tempat duduk dihadapannya. Meja kafe itu mula dipenuhi oleh ramai pelajar.
"kau masih tersenyum?"
Soalan gadis yang berada dihadapannya ini membuatkan dia terus tertawa kecil. Cawan yang berada ditangannya tadi terus diletakkan semula di piring.
"Tasha, kau nampak makin sihat kan?"
Tasha mula mengangkat sebelah keningnya apabila manusia yang berada dihadapannya tiba-tiba sahaja menyoal khabar hidupnya. Tasha menghembuskan nafasnya lama lalu tersenyum kembali kepada manusia itu.
"aku sihat atau tak, bukan pernah jadi urusan kau."
Jawapan Tasha tadi membuatkan manusia dihadapannya tergelak tetapi tidak terlalu kuat. Jujur kata dia sangat menyampah dengan kelakuan manusia itu.
"kau sepatutnya gembira. Kau buat dia keluar masuk daripada hospital tu."
Manusia tadi tetap tersenyum manis lalu kembali mengambil cawannya lalu menghirup teh panas itu. Tasha sangat muak dengan perangai ambil mudah oleh manusia ini.
"Alya!"
Suara Tasha ditinggikan sedikit sehingga membuatkan Alya terus memandang tajam ke arah Tasha. Tasha kembali terdiam sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain. Alya kembali meletakkan cawan itu ke atas piring dengan kuat.
"Qaisara tu yang liat ke korang yang tak pukul dia betul-betul? Dia sepatutnya kritikal sekarang."
Alya mula bersuara dengan tegas tetapi tidak terlalu kuat untuk orang lain mendengarkan perkara mereka bincangkan. Sejujurnya mereka berdua tidak hairan untuk berbincang tentang itu di tempat terbuka.
Mereka tahu, mereka akan diperhatikan. Jadi mereka akan menunggu siapa yang akan memasuki perangkap mereka itu.
"tapi bukan sebab utama aku datang jumpa kau."
Alya mula menukar topik perbincangan mereka berdua. Tasha hanya mendengarkan sahaja gadis dihadapannya bercakap sambil bermain dengan telefonnya.
"Raja Melissa dah hilang."
Mata Tasha dengan pantas memandang ke arah Alya. Alya menayangkan wajah yang penuh dengan amarah. Tasha tahu ini bukan perkara yang baik. Mereka kehilangan satu mangsa yang bakal menghancurkan kehidupan mereka.
"mana kau tahu?"
"aku telefon hospital semalam. Diorang kata Raja Melissa dah keluar daripada hospital dua hari yang lepas."
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...