🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Langit yang indah dan cerah ada pagi ini membuatkan dia terdiam dan tidak dapat menikmati hari indahnya ini .
Kantin yang sepatutnya menjadi destinasi yang patut dia tuju tetapi dia mula ke perpustakaan sekolah . Setelah sampai ke tingkat 3 di blok Aiur , kakinya mula melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang tenang dan aman itu . Perasaannya yang mula bercampur baur itu mula kembali tenang .
Kakinya terus melangkah ke arah rak-rak buku yang terletak betul-betul di belakang sekali . Itu sahaja tempat yang sangat tenang untuk dia berfikir .
Dia mula duduk ditempat duduk kegemarannya . Kepalanya mula diletakkan dimeja . Qaisara mengeluh berat .
"Mulai minggu depan , korang dah kena fokus dekat latihan korang . Ada lagi 5 bulan untuk berlatih . "
Beberapa pelajar disini mula terkejut dengan pengumuman pada pagi ini . Terutamanya Qaisara . Dia sudah mati kata dengan keputusan gurunya . Qaisara terus berdiri .
"But why ? Kita selalu berlatih 3 bulan sebelum . Kenapa sekarang 5 bulan ? " Qaisara nampak sangat tidak setuju dengan keputusan cikgunya dan membuatkan kesemua pelajar terdiam. Mereka pasti mahu membantah tetapi mereka tiada keberanian seperti Qaisara .
" Qaisara . Lawan awak kali ini bukan calang-calang ye . Awak kena berlatih kuat lagi . "
" Haziq tidak setanding saya. Cikgu saya tak suka cara cikgu bandingkan saya dengan dia."
Qaisara mula terduduk sambil menundukan wajahnya. Wajah marahnya sedang disorokkan supaya cikgunya tidak terasa hati. Sekelilingnya mula terdiam dan membisu dengan keadaan Qaisara yang sebegitu . Hanya sesetengah daripada mereka sahaja yang tahu tentang kisah silam Qaisara itu.
"I'm sorry tapi keputusan saya tetap sama dan muktamad . " Qaisara mengeluh kecil . Dia mahu menangis sebolehnya sehingga perasaan geram dan perasaan lain itu keluar dari jiwa dan raganya .
" Lagi satu, Ajwad dari 3 Joulus akan jadi pengikut iringan Qaisara mulai hari ini sehingga hari pertandingan . "
Qaisara terus terbeliak dan memandang gurunya dengan lebih terkejut . Ajwad , pelajar lelaki yang di tuju itu juga turut tersentak dengan keputusan guru mereka .
" Boleh bersurai. "
Qaisara kini yang berada di perpustakaan mula merasakan rimas dan letih . Dia mengharapkan dia tidak perlu bersekolah dan menjalani kehidupan seterusnya .
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...