🎡 I K M A L🌹Q A I S A R A 🎡
Lama dia menatap kawasan padang sekolahnya ini. Mungkin dia terlalu rindukan untuk bersukan kembali. Sebelum ini dia akui yang dia sangat aktif dalam sukan bola sepak sekolahnya dahulu. Tetapi dia tidak mampu teruskan sukan itu kerana dia terlalu bermasalah dan tiada yang sokong pelajar yang teruk seperti dia ketika itu.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia mampu berkelakuan begitu tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bila difikirkan kembali, teruk sangat ke kalau budak bermasalah nak bersukan dan teruskan hobinya ? Mungkin sangat teruk.
Itulah bagaimana manusia sekitar zamannya berfikir.
Matanya merayau melihat sekeliling. Tetapi matanya mula berhenti memandang sekeliling yang lain kerana dia terlihat sesuatu.
Ikmal mula tersentak. Hatinya mula berdebar kuat dan tidak menentu.
Wajah Qaisara yang ditolak angin sepoi-sepoi dan cara dia berdiri terlihat elegan. Perlahan-lahan senyuman terukir di wajah Qaisara. Ikmal sekali lagi tersentak tetapi kali ini dia menutup mulutnya. Dia hanya mampu memandang dari kawasan perpustakaan sekolah mereka.
Itulah kali pertama dia merasakan perasaan unik sebegini. Senyuman yang terukir pada wajahnya bukan senyuman yang dipaksa atau senyuman yang selalu dilihat olehnya sebelum ini.
Ikmal nampak sangat seronok memandang Qaisara walaupun daripada jauh sebegini. Dia tidak dapat menafikan bagaimana tertariknya senyuman Qaisara tadi sehinggakan diri Ikmal sendiri tidak mampu berhenti tersenyum.
' teruskan tersenyum sebegitu. ' desus hatinya. Dia masih tidak dapat berhenti tersenyum. Entah lah. Kesemua masalah yang sangat serabut dikepalanya tadi terus hilang dan dia tak mampu fikirkan masalahnya ketika ini. Dia sangat terganggu dengan senyuman Qaisara.
Tetapi mulutnya mula perlahan-lahan menarik kembali senyuman tadi apabila seorang lelaki mula berdiri dihadapan Qaisara sambil tersenyum manis juga.
Dia terus dalam keadaan sangat serius. Dia tidak mampu tersenyum sedikit pun. Nafasnya mula ditarik dalam-dalam.
" apa yang kau fikir ni , Ikmal ?"
Dia mula menyoal pada dirinya sambil wajahnya ditampar perlahan berkali-kali. Dia perlu sedar, dia masih tidak pasti dia perlu percaya pada Qaisara. Walaupun separuh matinya tidak dapat mempercayakan Qaisara.
Dia mula menarik nafas yang dalam lalu menghembuskannya. Dia terus beralih dan berlalu pergi. Jam ditangan mula dipandang. Sudah hampir masuk waktu asar.
Dia terus mengeluh dan berjalan pergi. Tidak dapat dinafikan lagi, dia tidak pernah merasakan sangat serabut seperti ini. Kadang-kadang dia sangat rindukan pada zaman ketika dia sangat bebas dan tidak perlu fikirkan masalah orang lain. Tetapi dia perlu tinggalkan dirinya yang lama untuk kembalikan manusia-manusia yang dia sayangi.
Ikmal tidak mahu terserempak dengan Qaisara. Walaupun laluan untuk ke hostelnya perlu melalui padang sekolah tetapi dia akan mengelakkan dirinya dari ternampak atau diperlihatkan oleh Qaisara.
" Oh hi Ikmal ? "
Seseorang mula menegurnya dari belakang. Ikmal dengan pantas terus mengalih ke arah belakangnya. Ikmal mulanya terdiam tetapi baru dia dapat ingat. Nabila , ketua Exco Perhimpunan yang ramah itu.
" oh hi ."
Ikmal hanya memberikan segaris senyuman. Cukuplah itu. Dia tidak mampu bagi selebar-lebarnya lagi kerana terlalu serabut memikirkan masalahnya.
" Ikmal baru nak balik hostel ke? "
Soalan Nabila tadi terus mendapat anggukan kecil daripada Ikmal. Nabila mula tersenyum pula. Nampaknya Nabila juga daripada perpustakaan kerana dia sedang memegang buku rujukan Sejarah. Dia tidak perasan pula kehadiran Nabila disana.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...