MPHP ( 32 )

2.4K 106 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

Festival Kebudayaan : Hari Ketiga

Takdir hidup sangat tidak adil.

Untuk setiap pilihan yang dia putuskan, dia perlu menghadapi kesannya. Tidak kira baik atau kejam. Selagi dia masih berdiam ditempat yang sama semakin banyak langkah yang akan terjunam ke bawah dengan sendiri. Lubang-lubang yang berada dijalannya akan kelihatan banyak berbanding jalan itu sendiri.

"Dipersilakan, Qaisara Najwa daripada Tatiana Highschool untuk melakukan persembahan silat!"

Setiap laungan yang disuarakan, semuanya ada nada yang tersendiri. Sama ada marah, gembira, sedih, kecewa atau keliru. Kadangkala, perasaan yang dia pilih untuk dipersembahkan pada kehidupan, salah satu tujuan untuk kehidupan esoknya.

Qaisara mula melangkah naik ke atas pentas. Jadi inilah hari terakhir yang ditunggukan oleh pelajar Tatiana Highschool. Semua ibu bapa dapat melawat dengan percuma hanya semata-mata untuk memeriahkan lagi Festival Kebudayaan ini.

Qaisara mula memerhatikan setiap penonton dibawah. Dia terus memerhati dan memerhati sehingga pandangannya akhirnya terhenti. Matanya sedang bertentangan dengan Qayyum. Mata Qayyum nampak lebih sedih berbanding hari sebelumnya.

Saat masa diperlahankan, Qaisara mahu sahaja turun dan bertanya pada Qayyum mengapa dia begitu sedih disitu. Qaisara mengeluh berat. Dia kembali memerhati penontonnya. Matanya terhenti pula pada Eluna yang sedang mengabaikan Qaisara di atas pentas.

Sedih. Walaupun dia berada di tempat yang lebih tinggi, dia masih diabaikan tanpa tahu sebab yang sebetulnya. Sebelum lebih banyak air mata yang mengalir, Qaisara juga mahu mengabaikan kelakuan mereka itu. Dia terus memandang penontonnya.

Mata Ikmal menjadi perhentian. Mengapa di mata itu, dia terlihatkan ada api yang perlahan-lahan terpadam? Qaisara tergamam sebenarnya melihatkan kedudukan Ikmal. Dia berada jauh daripada pentas. Mengapa dia merasakan Ikmal akan dijauhkan daripadanya? Apakah itu lebih selamat atau sebaliknya?

Kini matanya tetap memerhati. Benar, orang yang tercari-cari tidak dapat dikesan olehnya.

Qaisara mengeluh panjang. Dia mula memanaskan badannya sedikit sebelum bermula. Dihadapannya setentunya Haziq yang tidak akan pernah menyesal dengan setiap perbuatannya. Haziq mula memandang ke arah Qaisara lalu memandang ke arah penonton. Qaisara juga melihat ke arah penonton yang dilihat oleh Haziq.

Alya dan Tasha. Dua manusia yang selamanya mahu melihat dirinya disini terseksa kesakitan. Tetapi siapa sangka, Haziq juga sama juga seperti mereka. Mereka bertiga lebih rela diancam bahaya hanya kerana untuk melihat dirinya dalam keadaan yang teruk.

Qaisara mula risaukan banyak perkara. Terutamanya tentang Ajwad. Sudah dua hari dia tidak nampak kelibat Ajwad di mana-mana. Dia juga sudah bertanya rakam sekelas Ajwad tetapi mereka juga tertanya-tanya ke mana Ajwad. Ajwad sepatutnya perlu bersama dengannya pada hari ini.

"Awak berdua kena ingat, ini hanya persembahan bukan perlawanan betul, okey?"

Pengacara majlis mula memperingati Qaisara dan Haziq yang mereka bukan berada di gelanggang. Qaisara hanya mengangguk kecil manakala Haziq hanya tersenyum manis ke arah pengacara majlis.

Mereka berdua mula bersedia dalam gaya pembukaan. Qaisara mula memejamkan matanya. Setiap kali dia perlu berlawan, dia tidak boleh memandang mata pihak lawan kerana banyak perasaan yang tersinggah disitu.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now