🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Koridor yang dilalui ini hanya terlalu ramai manusia yang sedang melawat dan merawat. Dia juga berniat untuk pergi melawat.
Kaunter pertanyaan mula menjadi hala tujunya. Hanya perlu beberapa langkah sahaja, dia sudah berdiri dihadapan jururawat di kaunter pertanyaan itu.
"boleh saya tahu, apa nombor wad Farah Wahida Azman?"
Jururawat itu mula mencari tentang apa yang Melissa mahukan. Melissa mula menunggu. Kadang dia juga turut tersenyum. Senyum yang penuh makna tersirat.
"wad Farah Wahida Azman di wad 3489."
"baiklah. Terima kasih."
Melissa mengukirkan senyuman manis kepada jururawat itu dan terus mempamitkan dirinya daripada kaunter pertanyaan.Dia mula berjalan ke arah wad yang dinyatakan oleh jururawat tadi. Wad itu berada di tingkat tiga, dia perlu menggunakan lif untuk sampai ke sana.
Melissa mula melangkah ke dalam lif hospital. Yang pasti lif ini terisi dengan ramai pelawat dan jururawat. Sedang dirinya melihatkan beberapa orang mula keluar ke tingkat dua, dia mula memandang sekeliling lif ini.
Terdapat seorang lelaki dan seorang doktor yang memegang banyak peralatan rawatan. Melissa hanya mendiamkan diri sahaja sambil menunggu lif membawa mereka ke tingkat tiga pula.
Sampai sahaja ditingkat tiga, Melissa mula melangkah keluar dan mula bergerak mencari wad Farah Wahida.
Melissa melangkah kehadapan sambil memerhatikan setiap nombor wad di pintu. Akhirnya langkah itu terhenti apabila wad nombor yang dicari, terpapar di matanya.
Melissa mula mencuri-curi pandangan ke dalam wad itu. Nampaknya manusia yang dicari sedang makan di katilnya berseorangan.
Melissa mula mengetuk pintu wad itu dan terus membukanya. Farah yang sedang menggaul bubur itu terus mengalihkan pandangannya ke arah manusia yang berada di muka pintu.
"Melissa?"
Melissa tersenyum sambil tangannya menutup pintu wad itu.
"hi Farah."
Farah menghentikan aktivitinya dan meletakkan makananya di tempat lain. Farah juga menuruni daripada katilnya.
"kau dah kenapa tak keluar lagi?"
Soalan Farah membuatkan Melissa tertawa sinis. Inilah sikap Melissa yang hanya Farah dan Hani sahaja saksikan. Farah mula menyabarkan dirinya.
"aku tak sangka pula kita berjumpa dengan cara macam ni."
Melissa terus berbicara tanpa menghiraukan soalan Farah tadi. Farah mula memandang ke arah Melissa geram. Dia mula melangkah ke hadapan setapak.
"dengar sini Raja Melissa! Aku takkan maafkan kau untuk pihak Hani disebabkan kau sanggup gunakan dia untuk perempuan hin-"
Melissa terus menutup mulut Farah yang mahu terus bercakap buruk tentang seseorang. Mulut Farah terus dicengkam kuat.
"jaga mulut kau, Farah. Mungkin senior kesayangan kau tu boleh selamatkan kau. Tapi kalau dia sedarlah."
Melissa tersenyum sinis. Tangannya tetap mencengkam mulut Farah dengan lebih kuat. Farah mula menepis kuat tangan Melissa daripada wajahnya.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...