🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
/tw/ bl00d
Sejak pengumuman tentang Festival Kebudayaan meluas ke seleruh sekolah, kesemua pelajar tampak sangat bekerja keras untuk menjayakan Festival Kebudayaan ini.
Ini sejarah pertama sekolah, Festival Kebudayaan diadakan tiga hari berturut-turut. Hal ini berlaku kerana ada satu penyumbangan besar daripada satu keluarga yang kaya-raya. Itu sebenarnya sudah jadi kebiasaan dalam Tatiana Highschool.
Qaisara merasakan dirinya sangat lapang ketika ini kerana kelas mereka sangat sibuk berlatih untuk Festival Kebudayaan. Qaisara tidak menyertai apa-apa kecuali persembahan silat.
Itu sekadar persembahan biasa jadi dia mahu menggunakan waktu Pendidikan Jasmani ini dengan berguna.
Tiba-tiba sahaja dia merasakan mahu bermain lompat tali. Dia mula memandang sekeliling lalu memandang ke arah stor sukan. Stor sukan nampaknya kosong.
Jadi itulah masanya untuk mengambil tali itu. Qaisara mula berjalan ke arah stor sukan. Masuk sahaja ke dalam stor sukan itu, dia mula mencari di setiap laci stor sukan itu. Belum sempat dia menjumpainya, dia terpandang ke arah piala dan gambar-gambar yang dilekatkan di dinding stor sukan itu.
Stor sukan ini dijaga oleh Kelab Sukan dan Kesihatan. Jadi terlalu banyak acara dan aktiviti yang dipertandingkan oleh mereka.
Setiap gambar pemenang dilekatkan disitu. Qaisara hanya tersenyum sahaja kerana terlalu banyak gambar mereka daripada gred pertama. Qaisara mula terdiam seketika apabila matanya terhenti pada sekeping gambar.
Gambar Eluna bersama Irdina ketika Gred 2. Ketika itu mereka berlima memenangi acara berbasikal secara berkumpulan.
"kayuh kuat lagi, Wawa!"
Diana sangat berang melihatkan Wawa seperti mahu jatuh daripada basikal itu. Wawa hanya menayangkan wajah penatnya sahaja. Gila. Sudah lebih 3km dia mengayuh, apa yang tak penatnya.
"jangan minum air saja Dee!"
Diana kembali berbunyi apabila dia melihatkan Irdina ditepi Wawa sedang meneguk air. Irdina mula menjegilkan matanya ke arah Diana yang asyik mahu memarahi mereka.
Qaisara dan Mawar hanya mengayuh sahaja seperti yang dipaksa oleh Diana. Mereka perlu mengayuh basikal ini mengikut kumpulan. Diana tidak sampai hati untuk meninggalkan empat rakannya ini kerana dia mahu memenangi bersama mereka.
"calar dah basikal mahal aku ni!"
Wawa mengeluh sambil menunjukkan reaksi dia mahu menangis melihatkan keadaan basikal kelabunya.
Qaisara hanya tersenyum perit. Sangat perit memori sebegitu dapat menyedihkan harinya. Tanpa dia sedar, air mata sudah mengalir di pipinya. Dia benar-benar kecewa dengan keadaan mereka sekarang.
Qaisara mula memandang ke arah gambar lain juga. Dia melihatkan banyak gambar mereka disitu kerana Diana dan Wawa sahaja yang sangat aktif dalam aktiviti sekolah. Dia dan Mawar hanya menyertai kerana mahu menolong mereka berdua menang.
Qaisara mula menyedari dia sangat rindukan Eluna dahulu. Yang sentiasa bersama tidak kira dimana. Tetapi mengapa perkara seperti itu perlu berakhir seperti ini. Hanya disebabkan silap faham dan ego, tiada apa pun yang dapat dibetulkan.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...