🎡 I K M A L 🌹Q A I S A R A 🎡
Tingkap kelasnya yang berangin mula bertiup menampar wajahnya perlahan-lahan itu membina satu perasaan baharu di hati kasarnya.
Dari jauh matanya memandang ke arah dua manusia yang sedang berbual mesra tanpa pergaduhan yang sentiasa mereka lancarkan.
" Nab ? "
Seseorang mula memanggil. Nabila tidak memandang mahupun menyahut panggilan itu. Dia tahu siapakah pemilik suara itu.
Manusia itu mula berdiri di sisinya.
" menyampahkan ? "
Nabila hanya masih mendiamkan dirinya. Dia masih tidak memberikan apa-apa jawapan pada manusia disisinya. Wajah Qaisara dan Ikmal yang sedang berbual mesra di pondok bacaan menimbulkan satu perasaan yang mengelirukan di hatinya.
Cemburu ? Sudah tentu.
Sejak pertama kali Ikmal menjejakkan kakinya di hadapan pintu bilik pengawas, dia tahu dia sudah tertarik pada Ikmal. Siapa tidak jatuh hati pada mata hazel yang bersinar-sinar milik Syed Ikmal itu ?
Tetapi mengapa, semua benda yang dia tertarik pasti akan ada kena mengena dengan gadis itu, Qaisara. Tidak lain tidak bukan ketua pengawas sekolah ini.
Perasaan yang penuh bercampur baur.
" kau patutnya buat apa yang kitorang suruh dulu, Nab. "
Dan ini lagi satu masalah. Disebabkan satu dendam tersirat dibocorkan, dia terpaksa membuat pilihan ini. Pisahkan Ikmal dan Qaisara. Buatkan mereka saling benci-membenci. Paling penting buat Qaisara rasa untuk bunuh Ikmal sendiri.
Nabila sangat keliru. Apakah perkara yang dilakukan ini betul ?
" kau patut bagi aku masa. Qaisara selalu awasi dia. Kau tahu kan ? "
Manusia itu tergelak sinis sambil memegang bahu Nabila lembut. Bahunya mula ditepuk-tepuk dengan berhemah.
" aku tengok muka kau ni kan, aku yakin kau boleh buat lebih dari apa yang Qaisara buat sekarang. "
Senyuman ini. Nabila mengeluh dan menunduk. Tiba-tiba bahunya ditolak membuatkan badannya terpusing ke arah manusia ini. Dia mula terbaca tag nama penuh milik manusia ini.
Natasha Adleina. Nama yang sama gerun dengan nama Qaisara Najwa. Cukup sahaja bercakap tentang dua manusia ini, seluruh sekolah pasti tidak mahu meneruskan perbincangan mereka.
Tasha mula mengurut-urut bahu Nabila dari pandangan hadapan Nabila. Bukan ini yang membuatkan dia rasa gementar dihati, tetapi senyuman yang dipanjangkan oleh Tasha juga membuatkan dia tidak berdaya.
Dahulu dia sangat mengkagumi Natasha Adleina ini. Seorang pelajar perempuan yang sangat berani. Cerdik serta berkemampuan dengan banyak perkara. Bukan itu sahaja tetapi mempunyai wajah dengan satu senyuman sempurna. Tetapi itu hanya cerita dahulu.
Hari ini dan saat ini, dia sangat menyesal mengenali gadis ini. Dia tidak mahu lansung bertemu dan berbual bersama Natasha Adleina ini. Dia tidak mampu menyatakan betapa takut dan gelisah dirinya apabila Tasha mula memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...