MPHP ( 27 )

2.6K 118 1
                                    

🎡 I K M A L  🌹  Q A I S A R A 🎡

Suasana disini sangat janggal untuknya kerana dia sudah bertahun lamanya tidak ke sini. Keadaan serba tenang di hospital ini membuatkan dia sedikit tenang tetapi dia tetap berasa gemuruh kerana dikelilingi oleh ramai manusia yang tidak dikenali.

Raja Malik mula melangkahkan kakinya sambil menundukkan kepalanya untuk menetapi permukaan lantai. Itu adalah keputusan lebih selamat untuk tidak merasakan gemuruh di dadanya.

Sampai sahaja di hadapan bilik itu, dia mula mengeluh seketika. Ini bukan kerana dia akan berjumpa Qaisara didalam tetapi dia bakal berjumpa dengan salah seorang ahli keluarganya yang sudah lama mereka mengabaikan kewujudannya dalam keluarga mereka. Isu tentang hubungan  keluarga mungkin tidak seteruk orang lain tetapi dia harapkan keadaan akan menjadi lebih baik di masa hadapan.

Raja Malik mula memberanikan dirinya untuk bercakap dengan mereka lalu dia menarik pintu wad pesakit itu.

Terbuka sahaja pintu wad pesakit itu, Raja Malik mula mengerutkan wajahnya.

''kau?"

Raja Melissa terus membulatkan matanya sambil menyoalkan kehadiran Raja Malik disitu. Raja Melissa mula menuruni daripada katil.Dia mula berjalan ke arah Raja Malik dengan penuh rasa amarah. Raja Malik pula hanya berdiri dan berdiam sahaja di tempat yang sama.

Raja Malik tidak pernah berpeluang untuk menjadi dirinya sendiri sepanjang 17 tahun kehidupannya dalam keluarga itu.

"aku dah cakap kan jangan pernah jumpa aku."

Raja Melissa mula melayani Raja Malik dengan kasar. Dia mula menunding-nunding jari telunjuknya ke bahu Raja Malik. Tetapi Raja Malik tetap memberikan reaksi yang sama pada adiknya itu. Benar. Ada satu perkara telah terjadi di antara mereka dalam hubungan adik-beradik mereka itu.

"ini buah tangan dan bunga untuk kau."

Raja Malik tidak mahu melayani kehendak Raja Melissa, jadi dia hanya memberikan sejambak bunga dan sebakul buah yang berisi satu sampul surat yang sulit kepada Raja Melissa. Raja Melissa mula menjeling abangnya itu. Ketika Raja Melissa mencapai sejambak bunga dan buah tangan daripada Raja Malik tadi, dia mula mengukirkan senyuman yang tidak dapat dilihat oleh Raja Malik sambil berlalu ke katilnya.

Raja Melissa mula mengambil surat itu dengan pantas. Dia mahu membacanya tanpa Raja Malik ketahuinya. Tetapi belum sempat dia menarik surat itu keluar daripada sampulnya, Raja Malik mula bertanya.

"mana bonda dengan ayahanda?"

"Sejak bila pula kau sejinak tu? Aku tak sangka kau percaya dengan ayat manis diorang."

Raja Malik hanya membisu dengan jawapan Raja Melissa sambil menjeling sahaja ke arahnya yang membelakanginya. Entah mengapa dia tidak dapat memahami sikap adiknya itu. Walaupun mereka sentiasa membesar bersama tetapi dia tidak pasti mengapa mereka berdua sangat berbeza.

"sebelum kau baca, aku cuma nak cakap sesuatu."

"aku tak nak tahu."

Pantas sahaja jawapan dingin daripada mulut Raja Melissa melucur. Dia juga memandang ke arah surat itu dengan lebih teruja. Ada sebab mengapa dia selalu teruja apabila perkara ini berlaku. Dia tidak pernah menerima kejutan sebegini sejak satu insiden berlaku dalam keluarga mereka.

Raja Melissa terus membuka lipatan surat itu dan membacanya. Wajahnya yang sangat gembira untuk mengetahui isi surat itu, serta-merta berubah apabila dia membaca hingga ke penghujung ayat di surat itu. Raja Melissa mula berdiam diri. Surat itu perlahan-lahan dilipat sebelum dimasukkan ke dalam sampulnya.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now