MPHP ( 15 )

3K 119 0
                                    

🌹 I K M A L 🎡 Q A I S A R A🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹 I K M A L 🎡 Q A I S A R A🌹

Sampai sahaja di dewan sekolahnya yang terletak tidak jauh daripada hostel mereka , Qaisara terus meletakkan beg pakaiannya dan duduk disitu .

Bukan dirinya sahaja disitu , malah peserta dan pelajar tingkatan lain juga turut serta disitu . Seperti yang mereka tahu , akan ada sekolah yang akan datang berlatih bersama mereka .

Bukan itu yang membuatkan Qaisara tercabar , tetapi musuh lawan dia yang akan dia hadap untuk tahun ini . Dia tidak sangka sudah 7 tahun mereka berdua menjadi lawan . Tetapi itu tak akan menjadi sebab mereka perlu berdamai . Walaupun sudah kenal bertahun-tahun , tak akan terdetik di hati Qaisara untuk berdamai dengan musuhnya itu .

Apa yang dia dapat lihatkan , gelanggang dan tempat pengadil masih dikendalikan lagi . Ini baru latihan anatar dua sekolah . Bukan lagi perlawanan sebenar .

" Qaisara ? "

Qaisara terus menoleh kepalanya ke kiri . Ajwad yang berpakaian tshirt hitam biasa itu mula memberikan Qaisara sebuah plastik berisi sesuatu .

" apa ni ? "

" air dengan alas perut . Coach yang suruh beli . " Qaisara mulanya tidak mahu ambil tetapi disebabkan dia tidak mahu menyusahkan Ajwad , dia terpaksa lakukannya .

Selepas mengambilnya , Ajwad terus duduk disebelah Qaisara dengan kedudukan yang berjarak . Dia tak mahu timbul apa-apa cerita antara mereka .

" mana kawan kawan Qaisara ? "

Qaisara terdiam . Dia juga tidak tahu jawapan apa yang patut diberitahu pada Ajwad . Adakalanya dia sangat sensitif mendengar soalan itu , adakalanya dia merasakan sedih .

Lama dia terdiam , Qaisara mula tersenyum sahaja .

" diorang sibuk . This year kitorang tak boleh nak banyak buang masa . " Ajwad yang mulanya memandang sahaja Qaisara itu terus mengangguk-angguk .

Dia bukan sengaja bertanyakan soalan itu pada Qaisara tetapi hubungan Qaisara dengan Eluna tiba-tiba sahaja renggang dan nampak sangat pelik untuk sesiapa mengenali mereka .

Tetapi kalau itu alasan mereka , tidak mengapa . Mereka sendiri ada impian mereka yang perlu dicapai .

Keadaan yang hening di antara mereka berdua tadi terus menjadi riuh apabila mereka berdua terdengarkan bunyi riuh daripada pintu utama dewan . Bagi Qaisara , untuk latihan ini sangat biasa baginya . Cuma pelajar yang baru turut serta akan berasa kelainan tahun ini .

Masuk sahaja pelajar sekolah lain itu , dia terus mengulingkan matanya dan memandang ke arah lain . Qaisara sudah muak untuk melihat lawannya itu .

Kebanyakkan sekolah itu , pelajar lelaki yang turut serta , jadi pelajar perempuan disini akan mula riuh dengan kedatangan mereka . Ajwad hanya memandang semua peserta silat pada tahun ini . Mereka kelihatan sangat gagah . Tetapi yang mana satu akan menjadi lawan Qaisara .

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now