MPHP ( 36 )

2.6K 107 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

Apa yang lebih teruk daripada perpisahan? Perubahan. Menyedari seseorang yang kita kenali berubah yang membuatkan mereka menjauhi dan dijauhi.

Sudah seminggu berita yang diterbitkan oleh Kelab Radio itu menjadi hangat.

QAISARA DIGANTUNG SEKOLAH ?
Apa sebenarnya yang menjadikan sebab Qaisara digantung?
Mengikut laporan dan catatan Guru Disiplin, Encik Ammry, Qaisara terlibat dalam pengagihan dan penggunaan dadah dalam dan luar sekolah. Dadah itu dijumpai di dalam loker asramanya. Qaisara juga sendiri mengakui kesalahannya dan dikenakan hukuman gantung sekolah dan gantung jawatannya. Ikmal, Vice Headprefect akan menggantikan Qaisara buat sementara waktu.

Selepas berita itu diterbitkan ramai pelajar memberi komen yang buruk sama ada di laman web sekolah atau di papan buletin itu sendiri. Kebanyakkan mereka menyangka Qaisara dan beberapa pelajar lain dari kelas itu bersubahat. Seperti Amirul, Raja Malik, Aini dan Irfan yang selalu bersama Qaisara selepas pergaduhan di antara Qaisara dan Eluna. Pelajar disini juga percaya bahawa Qayyum dan Qalish tidak tahu dengan kegiatan Qaisara itu.

Qaisara sudah pasti dia akan menerima banyak komen negatif berbanding komen positif. Qaisara juga tidak membuat kenyataan yang dia nafikan berita itu, jadi pelajar sekolah ini sangat membencikan Qaisara.

Ikmal yang masih mengelamun ketika berjalan ke arah kelasnya, mula ternampakkan beberapa pelajar bukan sekelas dengannya keluar masuk daripada kelas itu. Ikmal mula berjalan dengan pantas untuk sampai ke kelas itu. Dia tahu apa yang sedang berlaku.

Sampai sahaja Ikmal dihadapan kelas, dia mula memandang ke arah meja Qaisara itu. Dipenuhi oleh koyakkan kertas dan sampah sarap. Ikmal mula mendekati kawasan meja itu. Sebenarnya, ketika ini masa untuk rehat tetapi beberapa pelajar masih berkeliaran dalam banggunan.

"Tahu tak?"

Pelajar-pelajar yang sedang mengelilingi meja Qaisara kini terus memandang Ikmal dengan ketakutan. Ikmal mula mendekati mereka dengan wajah yang begitu seram untuk dibayang.

"Dosa korang ada lagi banyak daripada dosa Qaisara."

"Seronok ke ajak orang lain jadi macam korang?"

Pelajar-pelajar disitu hanya terdiam dan tersentap dengan kata-kata Ikmal. Mereka terus berlari keluar daripada kelas. Ikmal yang mulanya memandang ke arah pelajar-pelajar tadi terus memandang ke arah meja Qaisara. Ikmal mengeluh berat. Satu persatu sampah dikutip. Meja Qaisara di tampal dengan banyak kertas-kertas yang koyak untuk menulis komen negatif pada Qaisara.

"Sampah masyarakat je kau ni."

"Patutlah kawan-kawan tinggal."

"Kau tu perosak."

Ikmal terus menarik kesemua kertas-kertas itu dengan kasar dan renyukkan kesemuanya. Ikmal terus mengangkut kesemua sampah itu lalu dibuang ke tong sampah. Dia mula kembali ke meja Qaisara. Ikmal mula terdiam. Dia mengetap bibirnya dengan kuat. Matanya ditutup seketika.

Dia masih ingat bagaimana Qaisara tidur di meja itu dengan tenang tanpa perlu memikirkan apa-apa. Bagaimana wajah Qaisara dipancar dengan sinaran matahari terik. Itu satu-satunya memorinya sewaktu Qaisara tidak perlu sengsara sebegini. Membayangkan Qaisara sebegitu, dia dapat merasakan ketenangan itu.

"Kau tahu tak, aku percaya kau."

Qaisara yang sedang fokus pada minumannya tadi terus memandang Ikmal yang mula berbicara itu. Qaisara hanya diam dan mengacau air itu menggunakan sudu yang diberikan.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now