🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Sudah menjadi kebiasaan setiap pengawas untuk menjalankan tugas mereka pada setiap hari dan setiap masa.
Tetapi bukan setiap masa mencari atau menjumpai masalah .. ?
Macam sekarang lah. Qaisara dan Ikmal terpaksa mencari pengawas ganti untuk membuat rondaan kerana seorang pelajar sedang berada di tingkat atas sekali.
Disebabkan sekolah ini terlalu mewah, jadi mereka terpaksa menggunakan tangga sekolah yang tingginya terpaksa melangkah dua anak tangga.
Selepas lima minit mendaki kesemua anak tangga blok dimana tingkatan 4 ditempatkan, Qaisara dan Ikmal sempat sampai sebelum apa-apa berlaku terhadap pelajar itu.
Qaisara dan Ikmal sudah nampak kelibat pelajar perempuan itu. Dia betul-betul sedang berdiri di hadapan hujung banggunan blok mereka. Daripada belakang sahaja, Ikmal nampak dia sedang ketakutan.
" awak.. "
Qaisara mula memanggil pelajar itu dengan lembut dan perlahan. Dia tidak boleh bertindak kasar.
" kak Sara tak perlu la datang. Tak guna pun hidup saya ni. "
" kenapa ? "
Pelajar perempuan itu mula teresak-esak selepas beberapa ketika Qaisara menyoalnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mahu luahkan semua perkara itu. Identiti gadis ini masih tidak dikenal pasti kerana dia membelakangi Qaisara dan Ikmal.
Qaisara mendekati pelajar perempuan itu setapak.
" awak bagitahu la saya dulu kenapa ? Mana tahu saya boleh tolong kan ? "
Pelajar tadi mula menenangkan dirinya dan mengeluh berat. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya ke arah belakang. Qaisara tergamam seketika.
Ini pelajar perempuan yang dia dan Eluna berjumpa dahulu. Pelajar perempuan yang memberanikan diri untuk keluar bersama Rayqal. Farah Wahida. Itulah nama yang cetak pada tag namanya.
Keadaan mula hening seketika. Ikmal daripada belakang Qaisara hanya terdiam sahaja kerana keadaan sekarang agak terlalu sepi. Hanya bunyi riuh pelajar dari bawah sahaja kedengaran.
" kenapa Farah ? "
Farah menunduk. Dia mengelap air matanya walaupun air matanya masih beralir.
" Farah sorang je anak tak guna. Semua benda Farah tak tahu buat! Semua benda Farah nak harapkan keluarga!! "
Farah setengah menjerit ketika meluahkan perasaanya ketika itu. Jadi Qaisara faham dari mananya datang panic attack dalam diri Farah.
" itulah apa yang Mama cakap. Betul ke kak Sara ? Farah takut nak melawan Mama. "
" Rayqal pun tak suka Farah sebab Farah tak boleh harap juga ke ?"
Qaisara hanya menyepi. Dia tidak tahu apa lagi yang belum terluah di hati Farah. Terlalu banyak yang dipendam sehingga dia tidak memikir sehingga habis tentang keputusannya hari ini.
Qaisara mula mendekati Farah dan memegang tangan Farah. Qaisara mulanya merenung dengan tatapan lembut terhadap Farah. Farah masih mengalirkan air matanya.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...