🎡 Q A I S A R A 🎡
Kantin yang tidak jauh daripada kelas nya itu mula dituju . Sepatutnya tahun yang dia tunggu kan ini menjadi tahun yang terbaik bagi nya . Tahun yang sepatutnya dia tidak perlu hidup dengan secara sukar lagi . Tapi dia salah .
Terlalu banyak yang dia fikirkan sekarang . Hari berganti hari , berganti juga dengan masalah baharu .
Baru sahaja dia melangkah beberapa tapak ke kantin mereka , dia mula terdengarkan pergaduhan hebat . Qaisara mengeluh . Dia sangat letih untuk ini . Ketat bagaimana pun peraturan disini , disebabkan kuasa tamak kesemuanya berubah .
Pelajar yang sedang berkumpul beramai ramai dan mengelilingi sesuatu , mula dicelah oleh Qaisara . Mereka masih belum perasan dengan kehadiran gadis ini .
Cerita buli dan pembuli bukan kali pertama kisah ini tular . Tetapi Tatiana Highschool sahaja yang tahu bagaimana mahu menutup kesemua kes ini .
" YANG TU PUN TAK PANDAI IKUT KE ? ASAL KAU BENG-P SANGAT ? " jeritan demi jeritan dia dengar . Qaisara sudah masak dengan ini . Dia sangat kenal pembuli pembuli yang sedang memekik terjerit disini .
" KAU RASA NI ! " dihadapan mata Qaisara , seorang pelajar lelaki menuang segeles air kopi di atas kepala pelajar lelaki yang sedang terduduk di lantai bermozek .
PANG !
Tanpa amaran mahupun tanda tanda , Qaisara terus mendekati pelajar lelaki yang kurang ajar tadi lalu ditampar . Pelajar disekeliling mula mengundur dan berlari jauh pergi dari situ .
Lelaki yang ditampar ini mula memandang geram Qaisara .
" ni bukan sekolah kau atau mak ayah kau tahu . Jangan nak bazirkan air kopi ni semata mata nak tunjuk kau hebat , si bod--h . " Qaisara mula menjeling lelaki ini dan menolong lelaki yang jatuh itu tadi . Qaisara mula membaca tag nama pelajar ini .
" Raja ? " Qaisara terdiam setelah membaca nama pelajar ini . Dia mula memandang keadaan pelajar ini . Cermin mata yang sudah berada dilantai itu mula dikutip oleh Qaisara .
" SARA !!! " Qaisara mula terkejut mendengarkan jeritan dari beberapa pelajar . Qaisara mula memandang kebelakang nya . Sangat hampir air kopi itu mahu mendarat di atas kepala nya .
Didapati Eluna sedang menghalang lelaki ini sehingga mereka terjatuh . Qaisara mula berdiri dan mendekati lelaki ini .
" nice try , Addy . " gelas yang berada di tangan Qaisara mula diambil dan dicampakkan ke dalam besen . Baju sekolah Addy mula dipegang kasar oleh Qaisara . Addy mula terikut berdiri .
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...