MPHP ( 9 )

3.2K 150 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

/tw/

Pintu itu mula dibuka perlahan-lahan . Manusia yang berada di dalam bilik ini lansung tidak peduli dengan kedatangan orang asing ini .

Gadis itu tidak hairan malah dia hanya merenung tingkap yang betul-betul berada disebelahnya .

" Melissa . " suara lembut Mawar membuatkan Melissa yang termenung tadi mula mengalihkan pandangannya ke arah Mawar dan yang lain .

Kedatangan Eluna hari ini mungkin akan dapat menyelamatkan jawapan pada persoalan yang sudah terkubur bertahun-tahun . Melissa mula tersenyum pada mereka berempat .

Qaisara dan Mawar mula mengambil tempat disebelah kanan katil Melissa malah Wawa dan Diana mengambil tempat disebelah kiri Melissa yang terdapat tingkap bilik wad itu .

" doktor cakap apa ? " soal Wawa prihatin setelah melihat tangan Melissa yang patah itu dibalut . Bukan tangan sahaja berbalut , pada kepalanya juga . Mereka tidak sedar kepala Melissa berdarah ketika itu . Melissa hanya memberikan segaris senyuman pahit .

" Melissa ok . Cuma kena rehat lagi beberapa minggu . " jawapan Melissa membuatkan seseorang mengeluh . Tidak senang duduk .

" Melissa dah sedia ke nak cerita dekat kitorang apa jadi ? " soal Diana dengan penuh ingin tahu . Melissa terdiam . Dia tertunduk dan membisu .

Eluna mula tersentak dengan kesepian Melissa .

" i'm sorry . Sumpah ! Melissa tak ingat apa jadi sebelum nampak kak Sara datang . Melissa nampak macam sedar tapi Melissa tak sedar semua tu jadi . "

Qaisara mengeluh sendiri . Dia mula mengalihkan pandangannya ke arah lain . Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa lagi . Dia berharap Melissa akan membantunya menangkap si tak guna itu .

" mungkin kuat sangat diorang pukul kepala Melissa . " Diana mula memberi sebab yang munasabah . Sememangnya benar . Doktor juga ada mengesahkan Melissa akan kehilangan ingatannya .

" boleh Melissa tahu ?-- "

Eluna mula memberikan sepenuhnya pandangan mereka terhadap Melissa . Gementar ada juga dirasai .

" --mana Hani ? " Eluna terdiam . Mereka berempat mula memandang sesama sendiri dan akhirnya memandang ke arah lain . Ini adalah soalan sensitif dah sedih bagi mereka . Melissa pasti kecewa .

Mawar mula memegang tangan Melissa dengan lembut . Mawar mula mengusap-usap tangan Melissa . Melissa hanya membiarkan Mawar membuat perkara sebegitu . Qaisara mula memandang Mawar untuk mendengarkan jawapan Mawar .

" maafkan kami , Melissa . Kami tak sempat lindungi dia . "

Kematian Hani telah disahkan selepas 2 hari Eluna bertemu dengan rakan sekelas Hani yang mempunyai masalah mental itu . Hani ditemui di sebuah kebun belakang asrama . Pekebun disitu berbau bangkai busuk pada mulanya sebelum mereka menemui nya .

Nampaknya Hani dibunuh secara kejam . Sehinggakan mayat nya dibuang . Tetapi bukan perkara ini sahaja membingungkan Eluna .

Yang lebih dibingungkan , pengetua dan orang atasan tidak mahu menutup sekolah untuk beberapa hari untuk menyiasat perkara ini . Mereka hanya mengharapkan pelajar disini tidak menghebohkan perkara itu .

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now