🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
12 Tahun yang lalu,
"Yyum!"
Sekecil itu memanggil. Dia cuba untuk berjalan sambil membawa kesemua koleksi patungnya untuk manusia yang dipanggil itu lihat. Setapak demi setapak dia cuba untuk membawa kesemua patung itu dengan keadaan yang baik. Sambil mulutnya dipenuhi dengan biskut coklat yang di ambil oleh abang kesayangannya.
Sampai sahaja ke arah manusia kerdil itu, dia mula menyusun satu persatu patung dihadapan manusia itu. Setelah selesai menyusun, dia mula berdiri disisi manusia itu.
"Riri. Lili. Yuyu."
Dia mula memberitahu nama ketiga-tiga patungnya kepada manusia itu. Manusia itu mula mengambil patung berwarna biru muda. Si kecil ini mula membuat memek wajah sedih apabila patungya mula dipeluk oleh manusia itu.
"Nak Riri balik!"
Dengan suara kecil dan tinggi itu, dia mula meraung meminta patungnya kembali. Dia mula cuba menarik patung itu kembali daripada pelukkan manusia itu. Tapi pertelingkahan mereka hanya sebentar sahaja apabila kedua-dua si kecil ini mula terdengarkan suara seseorang sedang menjerit kemarahan.
"Siapa ajar kau curi makanan ni? Habis bersepah lantai ni tahu tak!"
Seorang wanita muda sedang memarahi seorang lagi si kecil. Mereka berdua yang bergaduh tadi mula mendekati budak itu untuk hentikan tangisannya. Wanita muda ini mula melihatkan ketiga-tiga mereka berkumpul lalu dia tertawa sinis dan berjalan pergi daripada situ. Dia sangat menyampah melihatkan ke arah mereka bertiga.
"Lish sakit manaaaaa?"
Qayyum dan Qaisara mula menyoal Qalish yang sedang menangis setelah dicubit oleh wanita muda tadi. Mereka bertiga sangat takut untuk melawan wanita muda itu. Apatah lagi mahu bermain bersama dengannya. Qaisara mula memeluk Qalish kerana disebabkannya mahukan biskut itu, Qalish pula yang menjadi mangsa.
Ini bukan kali pertama mereka selalu dicubit atau dipukul sebegini oleh wanita muda itu. Setiap kali mereka datang sahaja ke sini, mereka akan sentiasa dilayani begitu. Jadi tidak hairanlah, jika badan mereka dipenuhi dengan kesan-kesan luka cubitan.
Ding Dong!
"Aduh, siapa pula ni?"
Wanita muda itu mula bising. Dia mula berjalan ke arah pintu rumah sementara mereka bertiga hanya menyaksikkan sahaja perbuatan wanita muda itu. Mereka bertiga terus ke tempat tidur mereka yang berada betul-betul di hujung rumah. Qalish mula membaringkan dirinya.
Buka sahaja pintu, wajah wanita muda itu serta merta menjadi sangat terkejut. Dia mula terdiam seketika sebelum dia memulakan perbicaraan.
"Saya penjaga kembar tiga."
Sambil senyum manis dia berkata sebegitu. Tetapi wanita muda ini masih belum berpuas hati dengan pengenalan diri yanng sebegitu.
"Nama awak ni siapa ya?"
"Oh. Saya Tengku Yusuf."
Sebenarnya, mereka bertiga berharap pertemuan antara mereka berdua itu tidak terjadi lansung, jadi mereka tidak perlu hidup dalam penuh kesengsaraan dan kesakitan. Mereka hanya berharap pada masa itu mereka dapat menghentikan kesemua rancangan jahat itu sebelum ia memusnahkan apa yang sedia ada.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...