🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Bunyi besi yang terhakis dengan kipas kelas mereka ini membuatkan Qaisara termenung seketika. Dia masih tidak dapat berhenti memikirkan tentang apa yang berlaku di hospital dua hari lalu.
Sesekali dia menjeling ke arah Ikmal yang sedang fokus bercakap dengan Qayyum. Qaisara mengeluh dan terus memandang ke arah luar tingkap kelasnya. Angin yang bertiupan membuatkan dia berasa mengantuk.
Qaisara mula meletakkan kepalanya di meja. Dia mula memejamkan matanya untuk seketika. Tetapi belum sempat 1 minit berlalu, seseorang mula mengetuk papan putih dengan kuat.
Qaisara terus mengangkat kepalanya dan memandang ke arah hadapan.
Raja Malik iaitu ketua kelas mereka. Ya dia juga abang kepada Raja Melissa yang sedang dirawat di hospital. Raja Malik juga selalu menjadi mangsa buli Addy tetapi Qaisara selalu terlambat untuk menangkapnya.
Ada banyak lagi sebenarnya tentang Raja Malik ini tetapi dia tidak sempat untuk menyoal.
"Cikgu Jed tinggalkan kerja untuk sebulan dia tiada di sekolah."
Raja Malik mula menulis di papan putih tentang kerja yang perlu mereka siapkan dalam sebulan. Qaisara hanya mengharapkan itu bukan kerja yang memerlukan kumpulan untuk pembentangan. Itu agak menyusahkan dirinya.
Sejak-sejak Eluna memutuskan untuk terus berjauhan dengannya, Qaisara juga lansung tidak berhubung antara mereka bertiga.
Begitu juga dengan Highlight. Mereka bertiga lansung tidak bertegur sapa atau melayan kembali Highlight. Qaisara tahu ada yang tidak betul, tetapi dia sudah penat.
"tajuk kerja kursus kimia kita akan diasingkan mengikut tajuk yang paling banyak kekurangan markah."
"korang boleh pilih ahli kumpulan dan bagitahu tajuk yang korang nak dekat aku. Masa untuk berbincang dan pilih ahli kumpulan hanya 30 minit sahaja."
"lepas 30 minit, korang kena bincang terus dengan ahli kumpulan. Aku akan hantar senarai nama dengan tajuk dekat bilik guru. Ada soalan?"
Seseorang mula mengangkat tangannya. Jangan tanya Qaisara mengapa dia masih tidak mengenali rakan sekelasnya. Dia lansung tidak berpeluang untuk sesi berkenalan kerana perlu uruskan pelajar baharu setiap tahun. Sudah menjadi kebiasaannya sebagai pengawas.
"kita ada due date tak?"
Raja Malik mula mengangguk sambil menulis dua tarikh di papan putih.
" dua tarikh bermaksud dua tajuk. Tajuk pertama hantar pada tarikh atas dan tajuk kedua pada tarikh bawah. Tiada alasan untuk hantar kedua-dua tajuk pada tarikh bawah. Sila hantar seperti ditetapkan."
Qaisara mengeluh berat. Tarikh yang berada dibawah itu adalah tarikh perlawanan raptai antara kedua sekolah yang besar. Qaisara mengharapkan dia dapat melaksanakan kerjanya dengan baik walaupun dia agak sibuk.
"satu kumpulan 5 orang. Kelas kita 35 orang, jadi ada 7 kumpulan dan ada 14 tajuk kesemuanya."
Sebaik sahaja Raja Malik habis menulis di papan putih, dia mula mengeluarkan kertas putih bersaiz A4 di atas meja guru.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...