MPHP ( 40 )

2.5K 96 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

Tidak pula dia ingat bagaimana ekspresi rakan sekelasnya selepas dia baru sahaja di sekolah itu. Apa yang kekal dalam fikirannya ialah bagaimana Qaisara membawanya masuk ke sekolah ini dengan cara yang sangat mudah. Baginya, rakan sekelasnya semua bagus hanya untuk diri mereka sahaja.

Tetapi dia tidak tahu pula bahawa menjadi pelajar baru disitu perlu menarik perhatian rakan sekelasnya seperti mana pelajar baru yang baru sahaja berpindah disini berbuat sedemikian. Ikmal tidak menafikan bagaimana baiknya pelajar itu tetapi mengapa pelajar ini seperti pernah dilihati?

"Aku, Tengku Shamsul. Korang boleh panggil aku Sham."

Itulah namanya. Apa yang dia ingati Tengku Shamsul tiba-tiba sahaja ternampaknya membawa kesemua fail pengawas ketika dia dalam perjalanan ke bilik pengawas. Kesemua fail mula jatuh kerana kakinya tersadung pada tangga sehingga ada kesan lebam pada kakinya.

Sekarang mereka berada di bilik rawatan. Ikmal berasa agak leka ketika Shamsul meletakkan ubat pada kaki Ikmal tadi. Selesai sahaja Shamsul meletakkan ubat padanya, dia mula memberikan senyuman manis yang menampakkan lesung pipit itu. Ikmal hanya memberikan segaris senyuman sahaja pada Shamsul.

"Sakit lagi ke? Nak aku balutkan?"

Ikmal mula merasakan kakinya dengan perlahan-lahan. Dia juga mula mengetuk perlahan pada lebam itu. Ikmal mengaduh sakit. Shamsul juga terus mengambil kain anduh dan membalut kaki Ikmal yang lebam itu. Ikmal hanya diam dan memerhati. Mengapa dia merasakan selamat apabila Shamsul melayani dirinya sebegini?

Setelah Shamsul habis membalut kaki Ikmal tadi, dia mula berdiri dan memandang ke arah Ikmal. Tetapi Ikmal hanya mendiamkan dirinya tanpa memandang ke arah Shamsul.

"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"

Ikmal terus memandang ke arah wajah Shamsul setelah bertanya soalan itu. Shamsul mula memberi reaksi sedang memikir untuk ingat kembali tentang perjumpaan dia bersama Ikmal sebelum ini. Shamsul mulanya mendiamkan diri sahaja tetapi setelah beberapa minit memikirkan jawapan, dia mula tersenyum ke arah Ikmal kembali.

"Aku rasa tak pernah. Atau kau pernah kerja dekat mana-mana ke?"

"Oh tak pernah."

Ikmal mengeluh kecil lalu hanya mengangguk sahaja pada jawapan Shamsul tadi tanda dia faham dengan apa yang dikatakan oleh Shamsul tadi. Mungkin dirinya tersilap dengan manusia lain yang dia terserempak sebelum ini. Ikmal mula cuba untuk berdiri dengan dibantu oleh Shamsul. Baru sahaja mereka berdua mahu keluar daripada bilik rawatan itu, tiba-tiba sahaja kelibat Amirul berada dihadapan pintu bilik rawatan. Amirul memandang tajam ke arah mereka.

"Tukar kawan ke?"

Ikmal yakin, semua itu dituju padanya. Ikmal mula menjeling Amirul yang tiba-tiba sahaja mahu menghentamnya disitu. Sebenarnya dia lagi sakit hati memerhatikan Amirul dengan jangka masa yang lama. Kadang apabila dia mahu berjumpa dengan Qaisara pasti Amirul berada disitu bersamanya. Dia juga hampir tahu bagaimana bau minyak wangi Amirul mempengaruhi Qaisara.

"Tolong ke tepi."

Ikmal mula bersuara setelah berminit-minit dia berlawan mata dengan Amirul disitu. Shamsul yang memerhatikan mereka berdua sebegitu, dia cuba untuk memahami situasi mereka berdua. Adakah mereka musuh ataupun kawan yang terpisah kerana silap faham?

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now