MPHP ( 38 )

2.6K 108 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

Pintu gerbang yang besar itu ditolak dengan kasar. Semua penghuni rumah tahu siapa yang sudah kembali ke rumah.

"QAISARA NAJWA!"

Benar. Qayyum Naufal yang sudah kembali daripada hostel kerana cuti minggu ulangkaji. Qayyum mula menjerit nama Qaisara berterusan sehingga wajah yang ingin dilihat olehnya sudah berada dihadapannya.

"Qayyum, bawa la bertenang dulu."

Qalish juga berada di rumah. Dia cuba untuk menemani Qaisara di rumah tetapi Qaisara memilih untuk meluangkan masanya untuk terperangkap di bilik. Rayqal dan Rayqael pula hanya mampu terduduk diam melihatkan abang mereka terjerit-jerit itu. Mengena pula nasib dengan ketiadaan orang tua mereka.

Qaisara mula munculkan dirinya dengan berdiri daripada tingkat atas. Dia mula memerhatikan keadaan adik-beradiknya dibawah. Sangat memalukan. Sedang Qayyum menepis tangan Qalish yang asyik menyuruh dirinya sabar, mula terpandangkan ke tingkat atas. Qayyum mula menjadi amarah lalu dia memandang ke arah Qaisara yang sedang berada di atas.

"Eh, Qaisara. Aku nak tanya kau. Macam mana kau boleh bangga letak nama kau dalam poster macam tu?"

Qayyum mula menyoal dengan wajah yang menunjukkan dia sedang marah. Mereka semua tahu apa yang diperkatakan oleh Qayyum. Qalish yang berada disekolah lain juga tahu tentang berita itu sebab itulah dia terus bergegas ke rumah untuk memastikan kebenaran. Rayqal dan Rayqael juga sedang bertarung perasaan untuk mempercayai kakak mereka itu.

Qaisara mula mengeluh berat. Qaisara mula memandang ke arah tangan kanannya. Ada sesuatu pada tangannya untuk diberikan kepada mereka berempat yang berada dibawah. Qaisara mula melangkah ke bawah tanpa rasa takut sedikitpun. Akhirnya Qaisara berhenti dihadapan Qayyum. Satu kotak dicampak dihadapan Qayyum dan Qalish. Dia tidak percaya yang dia perlu melakukan sedemikian hanya untuk meraih kepercayaan keluarganya.

Sebelum mereka berdua bertindak untuk membuka kotak itu, Qaisara mula mencelah perbuatan mereka.

"Aku dengar Qayyum. Kau telefon Ummi dan segala kata-kata kau,aku dengar."

Sedang Qaisara melintasi bilik ibu bapanya, dia mula terdengarkan suara ibunya sedang berbicara dengan seseorang dengan suara yang serius. Pada malam itu, dia tidak patut mendengar segala-galanya.

"Apa yang Qayyum cakap ni?"

"Ummi tak akan halau Qaisara."

"Tak sangka aku, Qayyum. "

Wajah Qaisara mengukir begitu banyak kekecewaan bersama perasaan amarahnya yang dia pendam. Walaupun dia sememangnya mahu memarahi kesemua disitu tetapi Qaisara tidak mahu bersuara lagi kerana di pengakhiran kisah tiada siapa mempercayainya.

Qaisara terus mendaki tangga tanpa menoleh ke belakang kembali. Dia lebih geram untuk melihat wajah semua adik-beradiknya disitu. Tiada siapa yang lebih percaya padanya. Mereka semua menganggap yang dia sememangnya begitu.

"Kenapa kau tak betulkan semua benda?"

Qaisara teruskan mendaki tangga dan membiarkan mereka dibawah. Untuk apa pun yang berlaku, dia tidak tahan untuk menyaksikannya lagi. Qalish mula mengambil kotak itu lalu dibuka. Qayyum dan Qalish mula melihat rekod dadah yang berada dalam badan Qaisara yang diuji tempoh lalu. Kesemuanya negatif. Rayqal dan Rayqael juga membaca kesemua rekod itu bersama.

"Kau tahu tak, aku malu?"

Qaisara terhenti seketika. Dia mula merenung tangga yang berada dihadapannya itu. Sungguh tidak berhati perut. Qaisara mula menahan dirinya daripada segala perasaan yang tiba di hiba. Bagaimana kembar berdarah dagingnya sanggup berkata begitu padanya.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now