MPHP ( 7 )

4K 153 0
                                    

🎡 I K M A L🌹Q A I S A R A 🎡

Keadaan sibuk di perhimpunan pagi hari ini membuatkan beberapa manusia sangat bersemangat untuk menjalani kehidupannya pada hari ini . Ada yang malas , ada yang sudah tertidur .

Ikmal yang hanya melihat keadaan pelajar Tatiana Highschool . Betul kata Qaisara . Semua sekolah sama . Walaupun peraturan dan adat mereka sangat ketat tetapi mereka juga manusia yang memilik sifat kurang .

Tetapi penampilan dan disiplin mereka sangat menarik hati nya . Mereka sangat kemas berpakaian dan pelajar akan selalu menepati masa untuk ke sekolah . Tetapi sekolah ini menjadualkan waktu masuk ke sekolah pada pukul 9:00 pagi dan pulang pada 5:00 petang . Jadi masanya sangat berbeza dengan sekolah lain .

Ikmal mula kembali ke bilik penungguan yang di dalam bilik itu terdapat ramai pengawas yang bertugas . Tetapi dia tidak nampak lansung batang hidung si ketua pengawas itu .

Ikmal mula mengambil tempat duduk di sebuah kerusi yang kosong . Dia mula termenung dan merenung lantai sambil menunggu tugasan yang sepatutnya dia lakukan .

" Hi ! "

Sapa seseorang . Ikmal mula melangut kepalanya dan melihatkan wajah manusia yang menegurnya . Seorang gadis yang bertagkan nama Nabila . Ikmal hanya tersenyum dan mengangguk sebagai jawapan pada Nabila .

" saya Ketua Exco Perhimpunan . Harap dapat kerjasama dengan Ikmal selalu . " Nabila mula tersenyum manis . Ikmal yang mula terdiam juga tersenyum sekali .

" selamat berkenalan . " Ikmal mula bersuara sebagai jawapan mesra nya . Nabila hanya mengangguk dan terus pergi meninggalkan bilik penungguan itu . Ikmal kembali bersendirian .

Dari sudut lain , seseorang memerhati mereka berdua dengan wajah yang tidak dapat ditafsir . Dia mula melangkah ke bilik penungguan itu sambil membawa beberapa fail . Dia terus masuk dan keadaan bilik mula perlahan lahan terdiam .

Dia mula mendekati Mawar yang masih menghadap laptopnya . Mawar mula memandang wajah manusia yang berdiri ditepinya ini .

" ada masalah ke ? " Mawar mula menyoal risau . Manusia yang berada disebelahnya mula menggeleng sebagai jawapan .

" Qaisara ! " seseorang mula menegur manusia yang berada ditepi Mawar ini . Qaisara mula memandang wajah Ikmal yang memanggilnya tadi . Keadaan bilik penungguan sangat sepi . Satu-persatu pengawas mula keluar .

Alexane yang berada dipenjuru bilik hanya menyaksikan kejadian ini . Mata Qaisara mula direnung . Ada sesuatu yang Qaisara simpan tetapi tiada siapa yang akan tahu .

" get ready . Tengok dan belajar . Lepas aku bagi laporan , kau kena baca ikrar pelajar . Cukup sekali contoh . "

Qaisara mula memegang erat satu fail merah yang berada ditangannya . Ikmal hanya terdiam tanpa mendapat satu peluang pun untuk bercakap . Ikmal mula memandang Mawar yang sudah melompong mulutnya . Bukan Mawar sahaja tetapi begitu juga pengawas yang mendengar kesemua kata-kata Qaisara tadi .

" korang yang dalam ni tunggu apa lagi ? Sekarang dah pukul 9:30 ! " Ikmal terus berpusing dan memandang pelajar yang menjerit ke arah mereka yang masih duduk di dalam bilik penungguan itu . Kesemua pengawas mula berpusu keluar untuk menyertai perhimpunan . Dia adalah pelajar terakhir yang melangkah keluar dari bilik itu .

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now