MPHP ( 33 )

2.4K 109 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

Bukan semua kesunyian seseorang ialah tanda dia sedang bersedih atau hidupnya sunyi tiada peneman. Terkadang kesunyian disebabkan oleh tenaga yang sudah berada di tahap yang hujung. Terkadang kesunyian seseorang ialah kedamaian.

Qayyum memerhatikan setiap pelajar yang melintasi koridor sambil mencuri pandangan ke arahnya. Kelakuan mereka sebegitu kerana Qayyum dikenali sebegai seorang yang tegas dan susah untuk bersosial seperti Qaisara. Mungkin Qaisara ditakuti, tetapi Qayyum sendiri lebih menakutkan.

Qayyum sebenarnya sedang menunggu seseorang untuk berbicara. Kalau tidak, pada waktu rehat begini, dia akan pergi menyambung aktiviti hariannya iaitu melukis atau menyiram bunga di gazebo kawasan dimana tempat dia melukis. Dalam ketenangan wajahnya, sebenarnya fikiran di kepalanya sedang bercelaru. Jujur dia katakan, keadaan semasa festival kebudayaan yang meriah itu bukan asbab pelajar gembira tetapi kerana kejadian di hari terakhir festival kebudayaan.

Walaupun sepanjang festival itu dijalankan, sudah terdapat banyak perkara berlaku tanpa dia sedari. Mungkin salah satu akibatnya ialah terdapat ramai orang luar di sekolah mereka sehingga mencetuskan banyak masalah pada sekolah mereka.

Sedang Qayyum mahu menyiapkan lukisannya, dia mula mencari warna air yang tidak dikeluarkan lagi. Tetapi matanya terhenti dalam sesakan manusia yang sedang memerhati peserta lain melukis. Wajah Qalish dan Qaisara daripada keramaian menjadi sangat jelas padanya. Kedua-dua manusia yang menjadi penyebab dia menyertai pertandingan ini.

Rindu. Perkataan yang dia tidak dapat ungkap dengan lebih abstrak dan nyata. Rindu yang sehinggakan dia tidak dapat memandang mereka dengan lebih lama. Dia lansung tidak berpeluang menyatakan perasaannya itu.

Hubungan antara mereka bertiga menjadi renggang kerana dirinya sendiri. Pastinya mereka berdua tidak setuju dengan keadaan mereka bertiga sekarang. Qayyum tidak dapat melindungi Qaisara atau mencari Qaisara seperti biasa. Qayyum juga tidak berpeluang untuk berbaik dengan Qalish secara aman selepas bertahun-tahun terpisah atas ego. Dia tidak tahu apa yang akan menyebabkan untuk mereka berdua berbaik kembali.

Dia tidak mahu menyesal di masa hadapan kerana tidak membuat keputusan di masa sekarang.

"Qalish!"

Sebaik sahaja Qayyum mahu mengalih pandangannya, dia mula terdengarkan seseorang memanggil Qalish dengan jelas dan kuat. Qayyum terus mengalihkan pandangannya ke arah kesesakan manusia dihadapannya. Tetapi suara itu bukan sahaja dapat menarik perhatian dia sahaja tetapi kesemua disitu.

Qayyum mula berdiri untuk melihat dengan lebih jelas tetapi masih tidak nampak keseluruhannya jadi dia mula berjalan keluar daripada dewan dan kesesakan orang ramai disitu. Sebaik sahaja kakinya melangkah dihadapan mereka berdua, Qayyum mula mengekori anak mata Qalish.

Patutlah Qaisara dan Qalish tidak terkata-kata dan diam seribu bahasa. Qayyum mula memandang ke arah Qalish dan Qaisara dengan penuh rasa risau. Dia mahu dekati mereka berdua. Dia mahu menghalang mereka.

"Hi korang."

Suara Irdina Aisyah yang membuatkan mereka semua terdiam. Irdina yang mulanya tersenyum tadi mula mendekati mereka bertiga tetapi Qaisara mula mengundur ke belakang kerana dia tidak tahu bagaimana dia perlu terima hakikat dan kenyataan ini.

Irdina Aisyah masih... hidup?

Selepas kejadian kemunculan Irdina Aisyah dihadapan khalayak ramai, Qalish terus pulang tanpa memberitahu sesiapa. Qaisara juga mula perlahan-lahan mendiamkan diri dan mahu menghilangkan dirinya juga.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now