🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
4 Tahun Yang Lalu
"Kesemua pelajar tingkatan 1, sila bergerak ke dewan untuk program yang seterusnya."
Ikmal yang masih sedang menikmati makanannya ditepi padang itu, mula tergesa-gesa untuk menghabiskan makananya. Habis sahaja kesemua mee goreng itu ditelan lalu dia meneguk pula air sirap yang dibeli. Untuk hari pertamanya, dia tidak dapat berjumpa mana-mana pelajar yang dia kenali. Keluarganya terpaksa kembali ke Malaysia kerana peperiksaan SPM abangnya dan ayahnya ditukar kembali kesini.
Ikmal mula berdiri dan berjalan setelah dia sudah habis dengan masa rehatnya. Ikmal melihat sekeliling sekolah sementara perjalanannya ke dewan sekolah. Sekolahnya mempunyai banyak banggunan yang bersambung-sambung untuk memudahkan perjalanan mereka. Ikmal mula memerhatikan pelajar tingkatan 1 yang lain. Nampaknya mereka lebih mudah bergaul kerana sesetengah daripada mereka datang daripada sekolah rendah yang sama.
Ikmal hanya mampu tersenyum nipis sahaja.
Sudah tujuh tahun dia berada di Kanada kerana menemani ibunya sambung belajar disana dan membuka perniagaan. Walaupun tujuh tahun bukan tempoh yang begitu lama, tetapi Ikmal sudah berasa sungguh asing dengan persekitaran sekolah disini.
"Tolong..."
Sedang Ikmal leka dengan perkara yang bermain dikepalanya, dia tiba-tiba sahaja terdengar suara minta tolong daripada kawasan tandas sekolah. Disebabkan tandas perempuan dan lelaki di asingkan di berbeza tempat, Ikmal tahu suara itu datang daripada tandas lelaki. Ikmal terus bergegas untuk melihatkan manusia yang meminta tolong itu.
Masuk sahaja ke dalam tandas itu, terdapat satu pintu tandas yang dikunci. Tetapi apa yang lebih tidak disangka olehnya, celahan pada pintu itu digamkan sehingga terkena pada dinding tandas itu. Ikmal mula buntu untuk mencari penyelesaian. Dia mula membuka dan melihatkan tandas disebelah. Dinding tembok tandas itu tidak bersambung pada syiling, jadi dia dapat melihatkan mangsa disebelah daripada atas.
Ikmal mula memanjat ke bahagaian pam tandas untuk melihatkan mangsa disitu. Seorang pelajar yang memakai cermin mata bulat dan badannya dibasahi mungkin dengan air tandas. Baju sekolahnya juga kotor.
"Kau, nama apa?"
Sebaik sahaja Ikmal menyoal, pelajar tadi mula terkejut dengan kehadiran Ikmal daripada atas. Pelajar tadi mula menyedarkan dirinya dan menjawab soalan Ikmal.
"Haidar."
Ikmal tidak menyangka itu akan berlaku. Suara Haidar yang garau itu sangat tidak sesuai dengan wajahnya. Dia hampir menyangka ada orang lain disitu tetapi tidak. Ikmal mula mengangguk dan mula memikirkan sesuatu. Ikmal mula teringatkan kelas yang berdekatan tadi.
"Kau tunggu kejap tau."
Haidar mula mengangguk dengan wajah sedikit tenang kerana wajahnya tadi sangat sedih dan ketakutan. Ikmal terus turun daripada pam tandas tadi dan berlari terus ke kelas yang dilihat olehnya. Ya, kelas yang sedang kosong sekarang pastinya milik tingkatan 1. Ikmal mengambil satu kerusi lalu bergegas supaya tiada guru dapat melihatkan perlakuannya itu.
Sampai sahaja ditandas, Ikmal mula memanjant kembali pam tandas itu dan memberikan kerusi pada Haidar untuk memanjatnya juga. Setelah Haidar berjaya memanjat sehingga ke atas pam tandas itu, Ikmal cuba mengambil kerusi yang Haidar sedang pegang bersama. Kerusi itu dipindahkan ke tandas yang pintunya terbuka. Mereka berdua berjaya melepasi halangan itu.
Keadaan di tandas menjadi tegang apabila kedua-dua mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ikmal mula tersenyum nipis ke arah Haidar yang cuba untuk memberikan Ikmal senyuman manis.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...