🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Ada banyak kekejaman yang dilakukan sama ada cara berfizikal atau mental. Yang kejam bukan hanya datang daripada syaitan bertopengkan manusia tetapi kekejaman boleh datang daripada manusia yang kita letakkan setinggi-tinggi kepercayaan pada mereka.
Ada yang lebih kejam daripada membunuh iaitu mempermainkan penderitaan seseorang. Kisah silam seseorang. Tetapi tiada siapa yang kasihankan atau meminta maaf atas penderitaan yang kita lalui.
Qaisara merenung lama syiling biliknya. Tetapi tidak sama dengan lamanya tempoh yang dia ambil untuk melangkah sejauh ini. Dia pernah berasa menyesal untuk hadapi sejauh ini kerana lagi jauh dan dalamnya dia pergi, ramai manusia yang dia sayangi mula hilang daripada hidupnya. Dia sangat menyesal.
Tetapi semua penyesalan tidak berguna lagi untuk dirinya. Kalaupun dia menyatakan perasaan menyesalnya sekarang, tiada apa yang kembali padanya setelah saat dia hilangkan. Jujur dia kata, dia masih terkesan dengan perbuatan Eluna yang meninggalkannya sebegini tetapi dia memilih untuk mengabaikan kesemuanya. Dia sengaja memilih untuk tidak berlawan kembali kerana dia mahu lupakan mereka tetapi kian hari, memori-memori lama mula menerjah.
Setiap kali dia mahu lakukan aktivitinya, pasti ada memori indah yang terungkit kembali. Apa yang dia mahu katakan, perasaan lebih rela mati daripada hilang kesemua ingatan itu lebih kuat dalam dirinya. Dia juga tertanya-tanya apa perasaan yang sepatutnya dia rasakan selepas kesemua perkara itu berlaku.
Qaisara mula kembali duduk daripada pembaringanya tadi. Dia sekarang berada di bilik hostelnya. Sunyi kerana tiada peneman. Sudahlah tiada peneman, tiada juga kawan untuk meluahkan perasaannya. Qaisara mula berjalan ke arah meja belajarnya. Lampu meja dinyalakan. Jam di dinding mula diperhatikan. Sudah pukul 3.30 pagi. Qaisara juga tertanya-tanya mengapa dia begitu.
Qaisara mula memerhatikan papan kenyataan kecil yang tergantung dihadapannya. Disitu kesemua senarai pelajar yang hilang, yang membunuh diri dan dibunuh dapat dilihat. Qaisara tidak mengapa dia bekerja keras untuk ini tetapi dia tahu suatu hari nanti kesemuanya akan berakhir sebaik sahaja dia tahu punca dan pelakunya.
Kes pembunuhan sudah ada banyak tetapi dua kes yang berlaku pada tahun ini berlaku dengan secara terbuka. Qaisara tahu siapa pembunuh kedua-dua mangsa ini. Mangsa pertama ialah Hani dan keduanya Farah. Ya Farah menjadi mangsa pembunuhan kedua.
"Ada orang nak bunuh diri."
Penonton yang berada di dewan tadi mula berlari ke arah banggunan yang menjadi tempat untuk membunuh diri. Ada juga yang cuba untuk meminta pertolongan. Ada juga yang menjadi sawan kerana takut melihatkan keadaan yang ramai dengan manusia. Tetapi Ikmal, Qaisara dan Haziq masih berada di dewan.
Belum sempat Ikmal menghalang Haziq daripada terus menekan leher Qaisara, Qaisara lebih kuat untuk menolak Haziq yang cuba untuk membunuhnya. Qaisara mula menolak Haziq sehingga Haziq tersandar pada dinding dewan. Qaisara melatakkan sikunya dibawah dagu Haziq yang betul-betul berada dibahagian nadi Haziq.
Apa yang membuatkan Qaisara lebih merasakan mahu marah apabila Haziq tersenyum sinis padanya. Qaisara menekan kuat lagi sikunya. Ikmal yang memerhatikan kesemuanya tadi, mula perlahan-lahan mendekati Qaisara dan Haziq yang masih mahu berlawan itu.
"Kau tak patut masuk campur dengan urusan Tasha, Haziq."
"Aku dengan Tasha?"
Haziq mula menghamburkan tawanya walaupun dia berada dihujung-hujung nyawa. Dia sukar untuk bernafas tetapi dia tidak boleh kalah sekarang. Dia perlu tewaskan Qaisara tidak apa pun yang jadi.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mistério / SuspenseTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...