🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Festival Kebudayaan : Hari Kedua
Festival ini masih diteruskan walaupun sudah banyak persembahan dan ucapan yang dilakukan pada hari pertama. Jadi di hari kedua, festival berjalan secara santai dan tidak terlalu sesak seperti kelmarin.
Di hari kedua festival, para pelajar menumpukan kepada gerai-gerai jualan mereka ataupun perkhidmatan yang dilakukan. Sempena festival kebudayaan, kebanyakkan para pelajar akan memakai pakaian tradisional mereka atau memakai pakaian tradisional kaum lain.
Walaupun hari festival ialah hari di mana mereka patut berseronok, tetapi mereka masih perlu mengikut peraturan dan menghormati segala persepsi kaum yang ada pada hari ini.
Ikmal dan Alexane juga sedang berjalan bersama menikmati aktiviti yang diadakan. Mereka berdua sebenarnya mahu pergi melihat Qayyum di pertandingan melukis poster. Fahmi dan Rayyan pula sedang sibuk menjual jersey baju kelab bola sepak mereka.
Sejak dua hari festival ini berjalan, Ikmal mula merasakan perasaan yang sedikit lain. Seperti mereka baru sahaja ditampar dengan realiti yang bahawa mereka juga perlu bernafas dan perlu berhenti sesakkan nafas mereka dengan pelbagai masalah.
Itu sudah menjadi kebiasaan bagi kesemua pengawas Tatiana Highschool. Mereka sentiasa dengan tugasan mereka sehingga sudah menjadi habit pada hari cuti.
Sampai sahaja di kelas dimana pertandingan melukis ini diadakan, Ikmal dan Alexane mula mencari kelibat Qayyum. Nampaknya Qayyum sedang khusyuk melukis dan menceriakan posternya.
Ada ramai peserta yang berbakat dan hebat dalam melukis. Pasti agak sengit untuk memilih kerana poster pemenang akan berada di majalah sekolah di satu halaman yang besar dan kredit akan diberikan. Sebenarnya, Qaisara yang menciptakan pertandingan ini kerana dia mahu kesemua pelajar Tatiana Highschool yang tiada jawatan untuk sentiasa kelihatan berkebolehan selain pengawas di sekolah ini.
"kau nak tahu tak, Ikmal?"
Ikmal mula memandang ke arah Alexane yang sedang bercakap sambil memandang Qayyum dengan perasaan yang bangga.
"Sebelum ni, Qayyum tak pernah suka melukis. Dia suka pandang rendah dekat orang yang pandai melukis."
"Pandang rendah?"
Alexane terus tersenyum apabila mendengarkan respon Ikmal. Dia mula mengalihkan kepalanya ke arah Ikmal.
"Tapi yang lebih ajaib, kenapa Qayyum suka melukis sekarang? Kenapa Qayyum luangkan masa yang banyak dengan melukis?-
-kau tahu kenapa?"
Wajah Ikmal masih tidak dapat memberi jawapan atau lebih tepatnya, dia juga tertanya-tanya. Setahu Ikmal, Qayyum sangat tegas dengan dirinya sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak mana pendapat diberikan, Qayyum tetap berdiri bersama pendapatnya.
"Itu sahaja, cara Qayyum minta maaf dan maafkan orang lain."
Ikmal mendiamkan dirinya. Alexane kembali memandang ke arah Qayyum. Ikmal pula masih memandang ke arah Alexane. Semakin dia meluangkan banyak masa dengan Alexane, terlalu banyak jawapan yang akan kembali menjadi persoalan. Sekarang Ikmal lebih tertanya-tanya mengapa lukisan menjadi solusi untuk Qayyum berbuat sedemikian?
Baru sahaja Ikmal mahu memusing pandangannya ke arah Qayyum, matanya mula tertangkap ke arah seseorang yang tidak jauh daripada mereka berdua. Ikmal sedikit tersentak. Wajah manusia itu. Wajahnya sememangnya iras Qayyum.
Belum sempat Ikmal membuka mulut untuk bertanya Alexane, Ikmal kembali terdiam apabila Qaisara mula berdiri disisi manusia itu sambil memegang tangan manusia itu.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Misteri / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...