MPHP ( 44 )

2.4K 100 0
                                    

🎡  I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

/tw/ bl00d, anxiety.

Sepanjang perancangan Sang Pencipta, tiada satu pun kecelakaan yang dia mahu atau perlu merungut. Baginya semua yang terjadi bersebab dan tidak akan terjadi sesuatu kerana sesuatu.

Dia akhirnya mencelikkan matanya. Perlahan-lahan cuba untuk mengenalpasti kawasan disekelilingnya. Dia mula menggerakkan kepalanya ke kanan dan kekiri. Kepalanya mula dipegang tetapi dia mula terasa sakit ditangannya. Matanya mula terbeliak apabila dia melihatkan kawasan sekelilingnya dengan keadaan tangannya.

Dia betul-betul berada di atas kawasan bumbung sekolah sambil tangannya kiri dan kanan diikat kuat dengan menggunakan tali yang sangat tebal. Dia mula panik dan wajahnya mula berpeluh-peluh apabila dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada tempat itu.

"Qaisara."

Qaisara terus memandang ke arah suara yang memanggilnya. Tetapi tiada sesiapa. Dia mula mencari ke arah lain dan juga tiada sesiapa.

"Qaisara..."

Suara itu tetap memanggil namanya tetapi tiada pula pemilik kepada suara itu. Suara itu kembali memanggilnya berulang kali sehinggakan dia terpaksa menahan dirinya dengan mendengar suara itu. Qaisara mula berpeluh dengan lebih banyak. Tali yang terikat pada tangannya juga mula menjadi lebih ketat sehinggakan membuatkan kulitnya mula terkoyak yang menyebabkan banyak darah mengalir pada tangannya.

"Qaisara!"

Qaisara laju memandang ke arah hadapannya. Dia tersentak. Bibirnya mula menggigil dengan kuat. Matanya juga mula berair perlahan-lahan. Wajah yang berada dihadapannya ialah wajah yang sering menghantui hidupnya sepanjang masa.

"Dina..."

Wajah Irdina yang masih putih bersih itu mula mendekati Qaisara yang sedang menahan kesakitan. Qaisara terus mengalirkan banyak air mata sambil cuba meminta tolong pada Irdina untuk melepaskannya tetapi kesemua perkataan itu tidak dapat keluar daripada mulutnya dengan kuat. Seperti suaranya tersekat di rengkung.

"Lepaskan aku, Sara."

Irdina mula mendekati Qaisara sambil mengelap air mata Qaisara. Perlahan-lahan Irdina mula mendekatkan kepalanya dikepala Qaisara. Qaisara hanya mampu membiarkan Irdina melakukan sedemikian. Mata mereka berdua mula terpejam. Dia juga mula perlahan-lahan berhenti menangis.

Irdina mula berdiri sambil tersenyum manis ke arah Qaisara. Dia mula melangkah ke arah hujung bumbung. Qaisara mula panik dan cuba untuk menjerit untuk menghentikan Irdina. Tetapi dia lansung tiada daya untuk terus melakukannya. Dia tidak sangka, dia terpaksa membiarkan Irdina pergi lagi.

Tanpa sebarang respon, Irdina terus melompat ke bawah. Qaisara sebenarnya tidak sanggup lagi menyaksikan kesemuanya. Tetapi apa yang lebih mengejutkan dirinya lagi, mayat Irdina yang penuh dengan berlumuran darah sama seperti apa yang dia lihatkan pada hari Irdina mati, jatuh dihadapannya.

Qaisara terus menjerit dengan kuat sambil badannya berasa menggigil. Lalu dia terus mencelikkan matanya sekali lagi.

Dia berada dikawasan yang berbeza. Qaisara yang sedang terduduk di atas katil itu mula memandang sekeliling. Nafasnya yang turun dan naik itu dapat dirasakan. Bukan itu sahaja, peluh yang mengalir dikepalanya juga masih terus membasahi kepalanya. Qaisara mula cepat-cepat memandang ke arah tangannya. Tiada apa. Qaisara mula menghembus nafas sedikit lega.

Rupanya dia berada dikawasan hospital. Dia mula memandang sekeliling sekali lagi. Tetapi kali ini wajah seorang doktor mula berada dihujung bilik. Qaisara sedikit tersentak. Dia mula menunduk seketika. Pada masa yang sama, doktor tadi mula mendekati Qaisara setapak demi setapak.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now