🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Sebaik sahaja kakinya melangkah berdiri dihadapan pintu bilik ini, apa yang dia perlu ingatkan ialah dia perlu memberi yang terbaik supaya tiada siapa yang mengetahui langkahnya yang seterusnya.
Qaisara mula menolak pintu bilik pengawas itu. Keheningan sekitar bilik pengawas ini membuatkan kesemua terdiam. Mereka tidak menjangka si ketua pengawas itu akan muncul pada hari ini. Sehinggakan Ikmal dan Alexane berdiri apabila terlihat figura Qaisara di pintu bilik itu.
"selamat pagi semua."
Qaisara mula berbicara dan menyapa semua pengawas di situ. Nabila yang berdiam diri di tempatnya juga meremang apabila melihatkan Qaisara di pintu.
Qaisara mula berjalan ke arah mejanya yang kosong dan dipenuhi dengan banyak kertas kerja. Itu semua kertas kerja untuk Festival Kebudayaan. Festival Kebudayaan tahun ini sangat penting kerana ini adalah salah satu acara pendidikan yang akan di senaraikan dalam pilihan raya datuk bandar.
Ikmal yang memerhatikan gerak-geri Qaisara itu, dia mula berjalan selangkah ke arah Qaisara. Tetapi Alexane menahannya. Dia tahu, Alexane tidak mahu angin di bilik pengawas ini akan menjadi lebih buruk.
Cukuplah mereka dimarahi oleh Cikgu Ammry tadi kerana tidak menyiapkan laporan Festival Kebudayaan daripada setiap Exco Pengawas.
Ikmal tetap berdegil lalu melangkah juga kakinya ke arah Qaisara yang sedang khusyuk membaca setiap kertas kerja. Qaisara yang dapat merasakan seseorang berjalan ke arahnya, dia mula mengangkat kepalanya lalu memandang manusia yang menghampirinya.
"selamat pagi, Qaisara."
Qaisara mulanya terdiam lalu mengangguk sahaja sebagai jawapan. Qaisara tidak meneruskan membaca tetapi dia mula menutup semua kertas kerja lalu memandang ke arah Ikmal.
"Ikmal."
Alexane mengeluh dan berdoa dalam hatinya agar Ikmal tidak akan dimarahi oleh Qaisara walau apa jua pun salahnya. Ikmal dalam keadaan sangat teruk apabila Qaisara tiada untuk bertugas.
"kau buat kerja dengan bagus."
Qaisara mengukirkan senyuman manis kepada Ikmal. Ikmal tersentak seketika. Dia berkelip ke arah Qaisara sambil mahu katakan sesuatu. Dia rasa sangat gemuruh.
Keadaan bilik pengawas juga kembali normal. Pengawas-pengawas lain juga mula mengukirkan senyuman lalu menyambung kerja mereka. Mereka yakin bahawa Qaisara dalam keadaan yang sangat baik. Termasuk juga Alexane. Dia sangat lega apabila Qaisara tidak memarahi Ikmal.
"tt-terima kasih."
"ya, sama-sama. Tapi sebelum kita sambung kerja kita, aku nak bagitahu dulu dekat semua pengawas yang ada dalam ni."
Qaisara mula memandang ke arah pengawas lain yang sedang membuat kerja mereka.
"Jadi hari ini pihak kelab Media dan Radio akan datang temubual. Mungkin beberapa orang akan dipilih secara rawak untuk temubual. Jadi pastikan tidak bohong dan jangan sesekali dengar jawapan pihak media."
Mata Qaisara mula melirik ke arah Nabila. Secara kebetulan juga, mata Nabila sedang memerhati ke arah Qaisara. Nabila dan Qaisara memandang antara satu sama lain lalu pandangan itu dikalih semula.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...