MPHP ( 42 )

2.3K 95 0
                                    

🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡

/tw/ bl00d.

Akhirnya, musim bunga sudah kembali.

Manusia yang berada di bandar juga kelihatan lebih padat berbanding hari-hari yang lain kerana mereka mula bercuti pada hari ini. Mengharapkan cuti ini akan berpanjangan buat selamanya.

Qaisara yang sedang merenung ke luar kedai itu, mula didekati oleh Harora. Harora mula meletakkan tangannya di bahu Qaisara. Walaupun hanya baru beberapa minggu Qaisara kerja bekerja disitu, tetapi hubungan sudah lebih cukup erat seperti sudah kenal dengan lamanya. Tiada lansung rasa kekok.

"Aku dah siap kemas. Jom?"

Qaisara mula memandang ke arah Harora disebelahnya lalu dia mengangguk. Mereka berdua mengambil keputusan untuk cuti dan menutup ke pada hari ini. Walaupun masa cuti boleh digunakan untuk berehat tetapi Qaisara lebih mahu meluangkan masanya bersama Harora.

Setelah menutup dan mengunci kesemua penjuru kedai, akhirnya mereka berdua berada di luar untuk ketempat yang mereka ingin jejaki. Qaisara dan Harora dalam keadaan yang sangat sepi kerana mereka berdua perlu berjalan kaki dibawah panas terik untuk betul-betul sampai di destinasi mereka.

"Sara."

Qaisara mula memandang ke arah Harora yang berada di belakangnya. Harora sedang memegang payung lalu Qaisara terus bergerak ke arah Harora. Qaisara tersenyum manis ke arah Harora.

"Kenapa kita tak naik je Grab?"

Harora sangat ingin tahu. Dia juga kadang tidak pasti apa yang difikiran Qaisara untuk membuat beberapa keputusan. Jujur dia katakan, Qaisara bukan pelik tetapi dia ada tujuannya tersendiri walaupun dia perlu gunakan cara yang pelik dan sukar.

"Sebab kita akan jadi lagi diam."

"Aku rasa kalau jalan kaki lagi banyak diam."

Qaisara mula memandang ke arah Harora dengan pandangan yang penuh kerutan di muka. Harora juga melakukan wajah yang sama ke arah Qaisara.

"Lagi satu. Hari tu kau kata nak diet."

Harora tersentak. Dia juga berhenti dipertengahan jalan setelah mendengarkan kata-kata Qaisara tadi. Qaisara pula yang mulanya mahu terus berjalan, mula memandang ke arah Harora yang berhenti dibelakangnya itu.

Lama mereka memandang antara satu sama lain. Tidak tunggu lebih lama lagi, Harora terus berjalan ke arah Qaisara. Dia mula memukul lengan Qaisara perlahan.

"Jahat!"

Qaisara terus menghambur tawanya setelah Harora akhirnya memberi respon padanya. Mahu saja Qaisara merakam detik-detik dia mengusik Harora tadi. Qaisara kembali mengejar Harora yang sudah berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Tangan kanan Qaisara mula merangkul bahu Harora. Qaisara mula tersenyum ke arah Harora dengan senyuman manis.

"Sara."

"Ya?"

"Kau boleh dah berhenti senyum..."

Dia terpaksa bercakap dalam keadaan berbisik kepada Qaisara kerana dia tidak selesa orang lain yang berjalan kaki disitu memandang ke arah mereka. Lebih-lebih lagi Qaisara yang senang meraih perhatian orang awam. Dia sememangnya bangga memilki kawan atau rakan karib yang cantik seperti Qaisara tetapi perhatian yang diberi itu membuatkan dia tidak selesa.

Qaisara mula memandang ke arah sekelilingnya apabila dia melihat kelakuan Harora yang mula menunduk-nunduk daripada di pandang oleh orang awam. Qaisara yang mulanya tersenyum tadi mula kembali pudar. Dia juga perlahan-lahan menarik tangannya daripada bahu Harora. Dia bukan terasa hati dengan kelakuan Harora tetapi dia tidak mahu hari mereka dirosakkan sebegini. Sudah berkali-kali Harora asyik dibandingkan dengan dirinya apabila mereka berada di kedai.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now