🎡 I K M A L🌹Q A I S A R A 🎡
Dia sangat letih! Penat!
Badannya terlalu lemah untuk bergerak kesana sini. Jadi dia terpaksa membatalkan niatnya mahu ke kantin walaupun perutnya sedang berlapar. Dia meletakkan kepalanya dimeja. Matanya dipejam seketika.
Satu persatu masalah mula berlegar di dalam kepala nya dan ini sangat merimaskan. Dia tidak dapat sedikit pun menenangkan dirinya. Dia sangat serabut dengan satu masalah besar ini.
Tetapi dia sendiri tidak sedar yang dia sedang mengalirkan air mata. Entah mengapa hatinya terlalu pedih. Terlalu pedih untuk memikirkan perkara lepas itu kembali.
Pulang sahaja Qaisara ke biliknya, dia mula mencapai telefonnya yang berada di penjuru meja.
Ada satu perkara yang menganggu fikirannya sejak pagi tadi. Mengapa Diana, Mawar dan Wawa lansung tidak berjumpa dengannya dan bertegur dengannya ? Mulanya dia tidak hairan kerana sepanjang persekolahan berjalan, Qaisara sangat sibuk melaksanakan tugasnya sebagai ketua pengawas sekolah. Selepas itu dia terpaksa melaksanakan denda bersama Ikmal.
Nombor Wawa mula dicari di dalam telefonnya dan nombor itu ditelefon.
Qaisara menunggu Wawa untuk mengangkat panggilannya. Mulanya dia tidak mahu berfikiran panjang tetapi mereka bertiga tidak pernah terlepas melihat dia berlatih dengan sekolah lain. Mereka selalu bersama walau apa pun jua.
Sayangnya, Wawa tidak mengangkat panggilan darinya. Qaisara mula menyimpan telefonya di poket dan mula keluar daripada biliknya.
Kakinya mula melangkah ke arah bilik dimana Diana, Wawa dan Mawar duduk bersama. Sampai sahaja dia dihadapan bilik mereka, dia mula memulas tombol pintu. Tetapi pintu ini terkunci dari dalam. Bermakna tiada sesiapa di dalam.
Qaisara terdiam sendiri. Mereka bertiga tak akan mengunci bilik ini. Qaisara terdiam lalu melangkah selangkah kebelakang. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku.
" kau buat apa ni? "
Suara kasar Diana mula kedengaran. Qaisara dengan pantas memandang ke arah belakangnya. Mulanya Qaisara mahu tersenyum tetapi memandang ke arah wajah mereka bertiga, senyuman itu mati dengan perlahannya.
" aa-aku cari.. korang. "
Diana mula memeluk tubuhnya. Dia mula mendekati Qaisara dengan satu langkah kehadapan. Mawar dan Wawa yang berada dibelakang Diana lansung tidak memandang mereka berdua.
" kau baik pergi berambus. Rasa jijik gila nak sebut nama kau. "
Diana tersenyum sinis sambil menunding kepala Qaisara. Qaisara mula tersentak.
" Diana!! "
Qaisara terus bersuara dan menampar tangan Diana yang sedang menunding dahinya. Qaisara terus melangkah kebelakang beberapa tapak.
" kau tak malu ke tunjuk muka kau dekat sini? "
" sakit hati jela tengok. "
" jangan banyak sangat merayap. Sakit mata tau. "
Bertubi-tubi Diana berkata pada Qaisara. Apa yang Qaisara rasa sudah semestinya terkejut dan sakit hati. Dia terus mencapai bahu Diana dan memegangnya dengan kuat.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...