🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Untuk setiap perkara yang berlaku sebelum ini, tiada siapa pernah menjumpai jawapan yang benar mengapa Eluna mula berpecah selain Eluna sendiri. Maknanya Eluna lebih tahu bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menyebarkan perkara sebenar.
Sama ada itu punca daripada Qaisara sendiri atau mereka bertiga. Tetapi sepanjang Ikmal memerhatikan tingkah laku mereka apabila mereka berempat bersama, mereka tidak berkelakuan seperti menyimpan dendam.
Ikmal mengeluh panjang. Dirinya yang berada di bilik pengawas mula meletakkan kepalanya di meja. Dia sangat keliru dan tidak tahu untuk mula daripada mana.
Dia perlu membantu Qaisara walaupun itu akan memudaratkan dirinya. Tetapi mengapa Qaisara asyik menghalangnya daripada melakukan apa-apa? Ikmal sangat pelik dengan tindakan Qaisara.
Mulanya dia sangat lega apabila Qaisara bukan berniat jahat untuk seluruh keluarganya tetapi situasi jadi semakin pelik dan susah untuk disimpulkan. Dia masih ingat kata-kata Qaisara ketika mereka berdua berada di hospital selepas menyelamatkan Farah Wahida.
"Ikmal."
Ikmal yang sedang menunggu di meja kafe tadi terus memandang ke arah Qaisara. Qaisara mula duduk berhadapan dengan Ikmal.
Qaisara mula memandang ke arah meja. Ikmal membelikan apa yang dia mahukan tetapi Ikmal memilih untuk mengisi tenaganya dengan air mineral sahaja.
Qaisara tertunduk. Beribu rasa serba salah berada dihatinya. Tetapi ada satu perasaan lebih berat untuk diluahkan ketika itu.
"Qaisara, kau okey tak?"
Ikmal mula menyoal dengan nada yang risau. Qaisara mula memandang ke arah Ikmal dengan lama. Ikmal tidak tahu apa makna pandangan Qaisara ini. Tetapi daripada segi reaksinya, Qaisara tidak mampu meluahkan apa pun.
Qaisara kembali menunduk. Mata Qaisara mula berair. Ada sesuatu yang dia mahu katakan tetapi dia perlu simpan demi keselamatan sekelilingnya.
"Ikmal."
"ya?"
Ikmal mula tertanya-tanya mengapa Qaisara menjadi begini. Mungkin dia ada melakukan perkara yang menyinggungkan perasaannya. Tetapi mengapa Qaisara terlihat lebih sedih berbanding sebelumnya?
Qaisara pula sedang berusaha untuk menuturkan katanya dengan mudah. Dia tak mahu hatinya yang ketakutan itu membuatkan suaranya gementar.
"aku cuma..."
Qaisara mengangkat kepalanya kembali lalu memandang ke arah anak mata Ikmal dengan rasa sedih yang tidak terluah.
"-rindukan sesuatu."
"Tapi aku tak boleh kembalikan sesuatu yang aku rindu tu dengan selamat."
"aku seorang yang pengecut, Ikmal."
Suara Qaisara menjadi semakin perlahan. Air matanya juga perlahan-lahan mengalir di pipinya. Qaisara mula memotong sedikit kek yang berada di atas pinggan itu.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...