🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Apa perkataan yang sesuai untuk manusia yang dahulunya berjanji untuk berkhidmat dan percaya pada kata-katanya tetapi akhirnya memilih untuk memungkiri setiap janji dan kata-kata?
Pembelot. Pengkhianat.
Sebagaimana keadaan pelajar Tatiana Highschool yang sedang berkumpul di tapak perhimpunan beramai-ramai.
"Kami tak mahu Ketua yang rosak!"
"Kami tak mahu pemimpin yang sampah!"
"Kami tak mahu organisasi pengawas diteruskan!"
Jeritan demi jeritan kedengaran di tapak perhimpunan itu. Ada juga pelajar yang sanggup menulis di atas kain yang besar tentang bantahan mereka tentang kelayakan Qaisara sebagai Ketua Pengawas Tatiana Highschool. Bagi mereka yang tidak tahu pada cerita sebenar, mereka sememangnya membenci Qaisara kerana berita palsu yang dikeluarkan itu.
Bagi yang tahu tentang keadaan sebenar hanya 2 peratus daripada kalangan pelajar disitu. Termasuklah dengan Ikmal. Ikmal yang memerhatikan semua gerak-geri pelajar yang sedang menyatakan perasaan protes mereka daripada tingkat 3 banggunan sekolah. Alexane yang berada disisinya juga turut menyaksikkan kesemua itu.
"Ramai ye pengawas kita bawah tu."
Alexane mula berbicara dahulu. Dia memerhatikan kesemua pengawas sekolah yang sedang memprotes di bawah itu. Ikmal pula masih mendiamkan dirinya dalam situasi itu. Setelah ramai pelajar berkumpul dikawasan itu, Ikmal mula meninggalkan tempat itu dengan secara tiba-tiba sahaja.
Alexane yang memerhatikan kelakuan Ikmal tadi terus membontoti jejaka itu tanpa berkata apa.
Satu sahaja perasaan yang dia dapat nyatakan sekarang. Gerun. Rasanya dia pernah merasai perasaan sebegini ketika Qaisara masih lagi berada disekolah ini. Tetapi apabila Ikmal pula yang menjalankan tugasnya. Dia dapat merasakan perasaan yang sama tetapi pada aura yang berbeza. Lama dia perhatikan gerak-geri Ikmal yang berada dihadapannya ini.
Bukan pada hari ini sahaja dia perhatikan Ikmal, tetapi pada hari-hari yang lain juga. Semakin lama Ikmal meluangkan masa dengan Qaisara, semakin dia perasan bagaimana perlahan-lahannya Ikmal berubah ketika itu. Buktinya, dahulu Ikmal tidak suka membuat kesemua laporan pengawas melebihi waktu tamat persekolahan. Tetapi kini, kesemua pengawas terpaksa menunggu Ikmal untuk menghabiskan kesemua laporannya.
Jujur dia katakan, itu sangat memenatkan untuk dilakukan pada setiap hari tetapi Ikmal tidak pernah merungut sedikit pun. Dia tertanya-tanya juga mengapa Ikmal bersungguh-sungguh menghabiskan kesemua laporan dengan segera. Bukan pengawas biasa juga terseksa dan terpaksa menghadap kepenatan itu, tetapi juga Nabila. Masih segar dalam ingatannya bagaimana keadaan Nabila yang sangat penat itu.
"Tunggu..."
Alexane mula berhenti melangkah. Dia mula memandang ke arah Nabila yang masih menunduk itu. Dia dapat perhatikan tangan Nabila yang sedang menggenggam erat.
"Aku masih ada peluang ke nak berhenti?"
"Aku yakin kau mesti tahu siapa pelaku sebenar masa dalam stor hari tu."
Alexane mendiamkan dirinya sahaja. Wajahnya mula memandang ke arah lain. Tipulah kalau dia katakan dia tidak tahu apa yang terjadi pada Qaisara ketika di dalam stor itu. Dia perhatikan kesemuanya. Dia perhatikan kesemua gerak-geri itu daripada mula sehinggalah dia terpaksa bertindak sendiri. Dia juga masih ingat wajah Nabila yang ketakutan itu walaupun mereka dikelilingi oleh ramai pelajar.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...