🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Mengapa dunia memilih untuk menipu dan tidak mahu menegakkan kebenaran? Apa sebenarnya yang difikirkan oleh setiap manusia yang melakukan perkara keji itu. Untuk tujuan apa mereka hidup dalam penipuan demi penipuan? Walaupun dunia kian tenat dan lelah, mengapa masih tiada manusia yang mahu meluaskan kebenaran demi kesejahteraan orang lain? Apa dendam yang tersimpan untuk mereka memilih cara ini?
Sudah sebulan berlalu dan keadaan sekolah mula seperti biasa setelah beberapa minggu mereka terpaksa menghadapi pemberontakkan jawatan pengawas sekolah. Akhirnya kesemua jawatan tetap kekal dan tidak ubah sedikit pun. Amirul mula merenung ke arah carta alir setiap ahli-ahli pengawas pada tahun itu.
Wajah Qaisara yang berada di atas sekali itu mula dipandang olehnya. Wajah yang selalu dipandang oleh ramai pelajar apabila berjumpa dengannya. Qaisara lansung tidak akan senyum kepada mana-mana manusia yang dia tidak kenal. Walaupun satu kelas, Qaisara lansung tidak endah.
Pelajar-pelajar mula lalu lalang di belakangnya ketika ini. Amirul cuba merapatkan dirinya dengan carta alir itu. Walaupun laluan koridor itu luas tetapi dia tetap merasakan dirinya dekat dengan mereka yang berjalan. Sambil dia berdiri di situ, telinganya juga berfungsi.
"Kau tahu tak, aku jumpa Qaisara semalam."
Amirul mula berhenti berfikir apabila nama Qaisara menjadi topik perbualan mereka. Amirul tidak mahu menyia-nyiakan peluangnya untuk mendengar pelbagai gosip dan fitnah yang bakal dilemparkan kepada Qaisara.
"Kau bukan pergi tempat karoke ke semalam?"
"Iya. Aku jumpa dia dekat situ. Tapi..."
Amirul mula perlahan-lahan mencuri pandangan ke arah dua pelajar itu tadi. Rupanya mereka berdua ialah pelajar junior. Dua pelajar tadi terus berjalan tanpa menyedari yang Amirul mengikuti langkah mereka.
"Tapi apa?"
"Tapi dia kena panic attack sampai dia pengsan."
Amirul tersentak. Tangannya mula menggenggam erat apabila dia terdengarkan apa yang berlaku kepada Qaisara. Dia seperti tidak dapat berduduk diam setelah mendengar cerita pelajar itu. Pasti Qaisara terpaksa menghadapi kesemua itu sendirian.
"Kau kenal Haziq? Dia ada dekat situ lepas ambulans sampai."
"Muka Qaisara masa tu memang pucat. Teruk gila dia menangis."
"Weh kesiannya dekat dia. Dia mesti penatkan kena hadap semua benda tanpa henti-henti."
Amirul mula sedikit terharu. Rupanya masih wujud manusia yang tidak membenci Qaisara selepas isu yang ternyata itu palsu. Walaupun jumlah yang tidak membenci Qaisara tidak banyak, tapi dia percaya bahawa jumlah ini akan menyebarkan banyak lagi kebaikan yang Qaisara sudah lakukan.
Amirul mula berhenti mengekori mereka. Dia sebenarnya mahu ponteng sekolah dan terus ke hospital untuk melawat Qaisara. Tetapi dia sedar bahawa dia juga mangsa yang akan ditunding oleh sekolah kerana berkawan dengan Qaisara. Dia mahu bertahan di sini untuk hak Qaisara yang dia sepatutnya dapat.
Amirul mula memilih koridor untuk ke blok tingkatan 5 pula. Tetapi langkahnya tidak mampu sampai ke sana apabila dia ternampakkan Shamsul dan Tasha sedang berbual bersama. Wajah mereka daripada kedudukanya ini, mereka nampak serius. Tasha seperti memarahi Shamsul manakala Shamsul sedang memerhati Tasha dengan serius sambil memeluk tubuhnya.
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...