MPHP ( 8 )

3.7K 140 3
                                    

🦋 Q A I S A R A 🥨 I K M A L 🦋

Keadaan yang sangat sepi ini membuatkan dirinya berasa tidak selesa dengan situasi mereka .

Ikmal yang berada tidak jauh daripada Qaisara dan pelajar lelaki tadi hanya memerhati sahaja mereka berbual . Ikmal mengeluh . Apa sebenarnya tujuan lelaki itu membawanya pada Qaisara ? Betul ke Qaisara yang memanggilnya ? Qaisara lansung tidak peduli dengan kehadirannya .

Setelah 5 minit menunggu mereka berdua , akhirnya pelajar lelaki tadi meninggalkan Qaisara . Qaisara mula berjalan ke arah Ikmal tanpa memandang Ikmal lansung . Ikmal mula berdiri daripada duduknya .

" finally ... " bisik Ikmal perlahan lalu menandang Qaisara sambil tersenyum . Tetapi Qaisara seperti tiada mood untuk melayan dirinya . Qaisara mula berdiri dihadapan Ikmal . Dengan pandangan penuh harapan Ikmal menunggu bicara Qaisara .

" tolong hentikan semua hubungan kau dengan mana-mana perempuan. " disebabkan suara dingin Qaisara itu , Ikmal mula berhenti berfikir . Dia tersentak. Qaisara nampaknya tahu tentang semua perkara. Tetapi itu adalah perkara privasi. Qaisara tidak sepatutnya masuk campur.

Qaisara terus mengalihkan pandangannya dari Ikmal apabila Ikmal masih terdiam dan tidak memberikan jawapan. Ikmal mula memandang Qaisara dengan rasa tidak puas hati. Qaisara terus memandangnya kembali.

" what ? I mean --NO ! " Ikmal terus memberi jawapannya setelah Qaisara memandangnya . Qaisara memejamkan matanya dengan geram . Dia mengeluh berat .

" kau sendiri dah janji akan ikut semua cakap aku? " Qaisara masih bertenang dalam memberikan jawapannya. Ikmal tergelak sinis. Dia hampir gila memikirkan ini.

"Tapi kau tipu aku dulu, Sara! " Ikmal tersenyum sinis pada Qaisara yang terdiam sambil menyilang tangan didadanya. Dia terkejut kerana Ikmal seperti tahu sesuatu yang pasti sudah terbongkar dari sesiapa.

" apa yang kau maksudkan ? "

"That day ! Kau memang dah rancang nak letak aku dalam senarai pelajar pertukaran dan sebab kau buat macam ni pun aku tahu. "

Ikmal mula berdiri dan berjalan membelakangi Qaisara. Qaisara terdiam seribu bahasa. Terdapat pelbagai persoalan. Bagaimana ? Siapa ? Mengapa ? Qaisara kembali menenangkan dirinya secepat mungkin . Dia mula menyedapkan hatinya .

" Aa..apa sebab dia ? " gentar pada suara Qaisara membuatkan Ikmal berpusing sambil tersenyum manis yang berbaur sinis . Ikmal mendekati wajah Qaisara .

" Dendam."

Qaisara mati kata. Dia mula memejamkan matanya. Nafas Ikmal dihadapan wajahnya masih dirasai. Lama Qaisara terdiam dan tidak dapat cara untuk menerangkan pada Ikmal.

"Tolong maafkan keluarga aku. Lepaskan diorang Qaisara. "

Ikmal terus berubah dan melutut dihadapan Qaisara. Qaisara mula tersentak dan hairan. Keluarga Ikmal?
Qaisara memandang Ikmal yang sudah terdesak untuk melepaskan keluarganya. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang dirancang oleh Qaisara disebalik semua ini. Tetapi dia berasa sedikit lega. Ikmal bukan orang yang sesuai dan patut mengetahui mengapa semua perkara ini harus terjadi .

"Ini bukan pasal keluarga kau, Ikmal. Jadi kau boleh berhenti bimbang. "

Ikmal perlahan-lahan terdiam dan memandang Qaisara dihadapannya . Ikmal mula berdiri dan kembali duduk dihadapan Qaisara semula. Wajahnya yang sangat cemas tadi perlahan-lahan berubah tenang. Dia sebenarnya lebih daripada lega apabila dendam Qaisara tiada kena-mengena dengan keluarganya.

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now