🎡 I K M A L 🌹 Q A I S A R A 🎡
Festival Kebudayaan: Hari Pertama
Akhirnya hari yang kesemua pelajar dan ahli Tatiana Highschool nantikan, tiba jua. Di antara kesemua hari, hari pertama bagi Festival Kebudayaan ialah hari yang penting kerana dipenuhi oleh tetamu hebat dan berpengaruh.
Seperti Pengarah Pendidikan, Datuk Bandar, Ketua Daerah Polis, Ketua Jabatan Anti-Keganasan Sekolah dan pengetua-pengetua sekolah yang lain. Disebabkan terlalu banyak tetamu penting, sekolah mereka juga dipenuhi oleh polis keselamatan.
Jadi tentu sukar untuk masalah timbul pada hari ini.
Kebanyakkan orang penting yang ada pada hari ini, mereka semua menghantarkan anak mereka di sekolah ini. Seperti dua adik beradik Raja itu. Mereka berdua ialah anak kepada datuk bandar iaiatu Raja Nor Afnan.
Semua pelajar tahu tentang identiti mereka berdua tetapi Tatiana Highschool tidak pernah menepati janji mereka. Mereka tidak pernah melindungi tetapi mereka menyembunyikan. Contohnya kes pembulian Raja Malik.
Tatiana Highschool bukan lah sekolah yang betul-betul menjaga hak penjagaan murid dengan baik. Itu semuanya palsu.
Tetapi tiada siapa pernah tahu siapakah anak kandung kepada Ketua Daerah Polis. Dia ialah Iman Nabila yang selalu tersenyum diluar tetapi hatinya terlalu hitam di dalam. Qaisara tidak pernah berasa selamat untuk mendekati Nabila yang selalu berkongsi masa dengan Tasha.
Qaisara yang berada daripada tingkat atas sekali di banggunana berhadapan dewan perasmian, hanya memerhatikan kesemua tetamu sedang rancak bersembang dan menunggu ketibaan pengetua Tatiana Highschool pula.
Majlis perasmian ini seratus-peratus bukan disediakan oleh pihak guru. Pihak Exco Pengawas dan Exco Perhimpunan sahaja yang bertungkus lumus menyediakan majlis ini. Walaupun guru-guru tidak berapa setuju dengan idea itu, tetapi Alexane tetap berkeras untuk lakukannya.
Dia mahu kelihatan cermerlang dihadapan keluarganya. Ibunya seorang pengetua sekolah antarabangsa manakala bapanya pula seorang Ketua Pendakwa Raya Daerah. Alexane sangat bertuah kerana memiliki keluarga serba sempurna.
Qaisara yang daripada tadi merenung kesemua tetamu tadi mula menyedarkan dirinya. Dia perlu siapkan tugasannya di tingkat atas ini iaitu menyediakan tempat dan makanan untuk tetamu-tetamu yang hadir. Qaisara tidak akan menjadi pengacara majlis pada hari ini kerana gilirannya akan bertukar pada hari ketiga.
Dia mahu Ikmal uruskan hal ini terlebih dahulu. Dia mahu Ikmal bersinar di hadapan orang-orang hebat itu atau lebih tepatnya di hadapan pengetua sekolah lama Ikmal. Pengetua itu nampaknya sangat bahagia melihatkan ketiadaan Ikmal di sekolahnya.
Jujur kata, Qaisara tidak menjangka Ikmal yang bermasalah begitu akan berubah 360 darjah walaupun sangat sukar untuk mempengaruhinya.
Sedang Qaisara memerhatikan semua makanan di masukkan ke dalam dewan, Qaisara mula menyedari tentang aturan meja. Meja di dewan ini mula bertambah. Tetapi dia tidak mengerti. Kerana dia sudah pastikan kerjanya sempurna dan tersusun. Qaisara mula mendekati pengawas lelaki yang bertugas bersamanya.
"aku nak tanya, kenapa kita tambah meja?"
Pengawas lelaki yang berada disebelahnya mula mengalihkan pandangan ke arah Qaisara seketika lalu memandang ke arah meja tambahan itu. Pengawas ini mula tersenyum manis ke arah Qaisara lalu menjawab,
YOU ARE READING
NEW VERSION : My Prob Headprefect
Mystery / ThrillerTW://///hidup yang penuh dengan dendam akan dibalas dengan dendam//// Semua sudah menyangka, jawatan itu akan terus jatuh ke tangan gadis yang dipanggil Qaisara. Jadi berterusanlah kisah hidupnya yang sukar untuk diketahui punca dan penyebabnya. Wa...