MPHP ( 13 )

3K 120 9
                                    

🎡 I K M A L 🌹Q A I S A R A 🎡

/tw/ physical abuse.

Apa yang perlu diteka bukan masalahnya tetapi apa yang perlu dia jawab pada gadis yang berada dihadapannya ini . Riak ceria yang terukir pada wajah gadis bernama Alya ini membuatkan dia tertanya-tanya .

Sehinggalah Alya membawakan pesanan mereka ke meja . Ikmal masih keliru dengan apa yang berlaku . Dia masih tidak dapat mentafsirkan apa yang jadi .

Sudah masuk 5 hari Alya tidak berhubung dengannya dan perjumpaan pada hari ini membuatkan dia keliru . Perkara bertambah sukar apabila Qaisara tidak membalas lansung mesejnya .

Mahu tak mahu , dia terpaksa juga berjumpa dengan Alya .

" Alya ... "

Ikmal terdiam seketika . Alya mula memandang wajah Ikmal sebaik sahaja dia duduk dikerusi .

Alya tersenyum nipis . Matanya mula menunduk .

" kau tahu tak Ikmal , aku tak pernah minta semua ni jadi . Aku tak pernah minta kau pergi . "

" adik aku baru je meninggal . Aku tahu kau taktahu sebab yelah , kau pun mana pernah tanya . " rasa bersalahnya mula terdetik di dalam . Ikmal tersentak setelah mendengarkan kata-kata Alya .

" Aku ada adik aku sorang je Ikmal . Lepas dia pergi , aku ada kawan-kawan aku je . Bila kau pergi .. " Ikmal menunduk . Ah sudah . Hatinya mula berbelah bahagi . Air oren yang berada dihadapannya mula diminum . Dia sangat kusut .

" hmm , entah lah Ikmal . Mungkin bukan aku orang yang terbaik dalam hidup kau . Tapi aku nak kau tahu , aku bersyukur kau hadir dalam hidup aku sebab ... "

Alya mula berdiri . Begnya mula perlahan-lahan ditarik . Diam-diam seseorang memerhatikan gerak-geri Alya yang seperti mahu lari .

" ... aku ada hati dekat kau Ikmal . "

Alya terus tersenyum pahit dan mula berjalan keluar . Ikmal yang mulanya tidak dapat menumpukan perhatian terus berdiri untuk mengejar Alya .

Entah kenapa tiba-tiba sahaja kepalanya sangat sakit .

Tetapi langkahnya tetap mengejar Alya . Sehinggalah Ikmal mula berlari sehingga tersadung dan terjatuh pada Alya . Ikmal terus tidak sedarkan dirinya .

" i'm sorry ... "

- 🦋 -

Dengan keadaan yang tergesa-gesa , mereka berdua mula mencari kesemua fail dan laporan yang mereka sudah catat pada hari ini .

Itu adalah laporan harian pelajar yang dicatat oleh pengawas-pengawas sekolah termasuklah laporan daripada Ikmal dan Qaisara . Sangat pelik . Mengapa saat gentir begini , kesemua catatan dan laporan itu perlu hilang sekarang ?

Merata-rata mereka mencari sehingga ke kawasan perpustakaan yang jauh nya 3 kilometer daripada banggunan bilik pengawas .

Qaisara terus terduduk di sofa . Dia letih mencari . Bilik pengawas yang mereka sudah disepahkan ini membuatkan dia bimbang . Mengapa ini terjadi ?

Ikmal yang masih tidak putus asa mencari mula memandang Qaisara yang kepenatan itu . Ikmal terdiam . Dia mula teringat kembali pada kejadian yang berlaku pada dua hari lepas . Selama ini , bukan perkara sebegitu yang dia jangka untuk berlaku terhadapnya .

Kehadiran Qaisara di dalam hidupnya bukan sesuatu yang malang . Dia yakin , Qaisara adalah seseorang yang sentiasa membantunya .

NEW VERSION : My Prob HeadprefectWhere stories live. Discover now