1. Hajat

11.9K 231 4
                                    

"Abah okay?" Fatima menepuk-nepuk belakang Encik Saiful apabila ayahnya itu batuk tidak henti.

"Biasalah dah tua. Timah balik jenguk abah ni, kedai kamu siapa jaga?" Soal Encik Saiful sambil menutup mulutnya akibat batuk.

"Dekat kedai Timah tu ramai orang, abah. Pekerja Timah boleh tengokkan," Ujar Fatimah.

"Timah dah makan ke belum? Kalau belum pergi makan dulu. Acu dah panaskan lauk tengahari tadi," Beritahu Puan Kalsom, mak cik Fatimah dan adik bongsu kepada Encik Saiful.

Fatima az-Zahra nama penuhnya. Mempunyai sebuah butik dan perniagaan atas talian di Kuala Lumpur. Anak tunggal dan hanya membesar bersama Encik Saiful selepas kematian ibunya ketika berusia enam belas tahun.

"Abah dah makan? Kalau belum, jom teman Timah makan," Ajak Fatima pula.

"Abah dengan acu dah makan. Timah pergilah makan. Lepas tu rehat," Ujar Paun Kalsom sambil meletakkan ubat untuk Encik Saiful makan.

Fatima cuma angguk dan berlalu ke dapur. Wajahnya gembira apabila membuka saji. Asam pedas! Makanan kegemarannya sejak kecil. Ada pula kacang botol untuk dibuat ulam dan juga keropok ikan yang telah digoreng. Cepat-cepat dia duduk di kerusi dan mencedok nasi.

Bersungguh dia menyuap makan sehingga tak perasan Puan Kalsom turun ke dapur, "Timah makan tu elok-elok la sikit. 'Encik teruna' nampak nanti tak jadi nak masuk meminang," Bebel Puan Kalsom.

"Maaflah acu. Timah lapar, acu pula masak makanan kegemaran Timah,"

Puan Kalsom duduk di sebelah Fatima lalu dituangkan air, "Butik dekat Kuala Lumpur macam mana?"

Fatima mengangguk, "Alhamdulillah semuanya baik acu. Semakin berkembang. Ramai tau artis datang tempah baju," Ujar Fatima teruja.

"Tak sia-sialah arwah ibu dengan acu ajar Timah menjahit dulukan? Dah ada butik sekarang," Puan Kalsom menepuk bahuku.

Fatima hanya senyum. Dia sebenarnya ingin memberitahu hasratnya tapi takut ditolak.

"Timah, acu tau Timah ada sesuatu nak cerita," Ujar Puan Kalsom. Puan Kalsom cukup mengenali anak saudaranya itu apabila termenung sebegitu rupa.

Fatima menarik nafas dalam, "Acu, Timah rasa, Timah nak bawa Abah duduk dekat Kuala Lumpur dengan Timah,"

"Kenapa?"

"Bukan apa, Timah risau kalau nanti abah sakit. Timah pula jauh. Kalau abah duduk dengan Timah, sekurang-kurangnya Timah boleh jaga abah. Hantar abah pergi hospital," Fatima menyampaikan hasratnya kepada Puan Kalsom.

Wajah Puan Kalsom berubah, "Bukan acu tak setuju. Tapi, kalau Timah pergi butik nanti macam mana dengan abah? Kalau dia duduk sini sekurang-kurangnya acu boleh jaga. Acu pun bukannya kerja dekat luar. Cuma ambil tempahan jahit baju kurung dengan bungkus nasi lemak hantar dekat gerai Pak Mad. Sentiasa ada dekat rumah tengokkan abah kamu," Beritahu Puan Kalsom. Ada betul juga apa yang dikatakan itu. Jika Encik Saiful duduk di sini, bolehlah Puan Kalsom menjaga. Tetapi kalau di sana?

Perasan wajah Fatima yang berubah terus ditepuk bahu Fatima, "Apa-apapun, cakap dulu dengan abah. Acu nak solat Zuhur kejap," Ujar Puan Kalsom dan bangun meninggalkan Fatimah yang sedang enak menjamu selera.

###

"Amin," Doa yang dibaca oleh Encik Saiful diaminkan oleh Fatima dan Puan Kalsom. Solat Isyak mereka diimamkan oleh Encik Saiful. Tangan Encik Saiful disalam oleh mereka berdua sebelum masing-masing bangun meninggalkan tempat solat.

"Kalsom, esok tengahari kawan aku nak datang. Kamu masaklah lebih sikit," Pesan Encik Saiful kepada Puan Kalsom apabila mereka semua sudah berada di meja makan.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now