13. Mimpi dan Realiti

5K 173 18
                                    

"Akak, bila nak pergi Pahang?" Soal Aisya perlahan. Takut-takut kalau mamanya dengar perbualan mereka.

"Minggu depanlah. Tapi Aisya nak bagi tau mama apa? Tak akan nak cakap Aisya nak ikut akak pula?"

"Yang tu pandai-pandailah Aisya klentong. Tapi akak kena play along dengan Aisya masa Aisya bagi tau mama nanti,"

Fatima mengangguk sambil menunjukkan isyarat okay.

"Bisik apalah dua beranak ni," Tiba-tiba sahaja Datuk Rosman menyampuk.

"Tak ada apa pun,"

Datin Zaleha juga turut sama duduk di ruang tamu itu sambil membawa seteko teh dan biskut.

"Papa, mama, minggu depan boleh tak kalau Aisya nak pergi Pahang? Kawan Aisya nak bertunang," Aisya memulakan bicara.

"Nak pergi dengan siapa?" Soal Datuk Rosman.

"Eh minggu depan? Kalau macam tu, apa kata pergi dengan akak. Akak pun nak pergi Pahang. Butik ada ada join event," Sampuk Fatima.

"Betul ke?"

Fatima mengangguk.

"Timah pergi Pahang naik apa? Tak pergi sekali dengan staff butik?" Soal Datuk Rosman.

Fatima menggeleng, "Fatima pinjam kereta Naziha, sebab dia ada kursus dekat Kedah. So kalau Aisya nak tumpang boleh je,"

"So ma? Macam mana? Boleh Aisya ikut Kak Timah?"

"Suka hatilah, tapi ingat, jangan susahkan akak. Lagipun akak pergi sana nak bekerja, bukan nak layan kamu," Pesan Datuk Rosman.

Fatima dan Aisya pandang sama sendiri sambil mereka tersenyum. Sangat seronok bila ada ipar yang boleh kamcing macam ni.

"Dah ke? Nak balik ni," Tiba-tiba Alif Muhaimin datang ke arah Fatima.

Fatima mengangguk.

"Tak nak minum dulu?" Soal Datin Zaleha.

"Tak apalah ma. Lagipun dah lewat dah ni, Alif penat," Ujar Alif Muhaimin sambil dia menyalam kedua ibu bapanya.

"Bawa kereta elok-elok,"

###

'Ya Allah!' Baju yang aku bawa terjatuh ke lantai. Disebabkan bunyi dari suara aku mereka berdua yang sedang berpelukan memandang aku.

Suamiku yang telanjang bulat berada di atas lelaki itu. Wajahnya kosong memandangku. Manakala lelaki yang berada di bawah tersenyum memandang aku sinis.

Dengan jiwa yang membakar, terus aku keluar dari biliknya. Empangan air mata aku sudah bergenang, tinggal mata untuk pecah. Terus aku masuk ke dalam bilik dan aku rebahkan diri ke katil. Wajahku ditekup ke bantal cuba untuk tidak mengeluarkan suara.

"Woi!"

Aku dengar bunyi ketukan pintu.

Fatima lantas membuka mata! Dia masih lagi dengan berpakaian telekung dan masih di atas sejadah.

Pintunya diketuk kuat. Dengan keadaan yang mamai, dia terus bangun membuka pintu sambil dia menanggalkan telekung.

"Kau baru bangun?" Soal Alif Muhaimin sambil dia memegang pakaian seragamnya.

"Saya tertidur lepas subuh tadi. Kenapa?"

Alif Muhaimin menggeleng, "Ni baju aku, aku nak pakai esok tengahari," Alif Muhaimin menghulur baju itu kepada Fatima, "Kau tak kerja ke?"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now